Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengawal keselamatan didenda $4,500 kerana tuang sanitiser ke dalam botol air rakan sekerja

Sep 23, 2021 | 05:48 PM



SEORANG pengawal keselamatan berusia 49 tahun yang kurang senang dengan rakan sekerjanya yang dirasakan terlalu banyak mengumpat telah menuang sanitiser tangan ke dalam botol air wanita itu sebagai satu usikan untuk 'membasuh mulut' rakannya itu.



Mangsa, yang juga seorang pengawal keselamatan, mengalami sakit dan kegatalan pada tekaknya selepas minum air daripada botol itu. Beliau bagaimanapun tidak mendapatkan rawatan perubatan.



Dilip Kumar Gobind, seorang warga Singapura, didenda $4,500 pada Khamis (23 September) selepas mengaku bersalah di atas satu kesalahan melakukan tindakan terburu-buru dengan membubuh cecair berbahaya yang kemungkinan akan menyakiti orang lain.



Mahkamah diberitahu Dilip bekerja syif malam di kondominium sekitar Bedok pada April tahun lalu apabila kesalahan itu dilakukan.



Beliau telah mengambil botol air mangsa yang separuh terisi dengan air daripada bilik pengawal dan memasukkan sekurang-kurangnya dua pam sanitiser ke dalam botol itu.



Mangsa yang berusia 54 tahun terasa sanitiser ada dalam airnya keesokan hari dan meludah air tersebut. Namun, air yang ditelannya sebelum ini menyebabkan tekaknya sakit.



Wanita ini kemudian melaporkan perkara itu kepada polis selepas pegawai operasi menyemak rakaman televisyen litar tertutup bilik pengawal itu dan mengenal pasti Dilip sebagai yang melakukan perbuatan itu.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Justin Chua memohon denda antara $1,500 dengan $2,000 bagi yang tertuduh.



Beliau berkata ahli toksikologi telah menilai larutan air dan sanitiser tangan yang dikatakan tidak mungkin akan menyebabkan kecederaan serius buat mangsa.



Dalam membela dirinya, Dilip berkata dia bertindak sebegitu secara spontan dan menyesali perbuatannya. Apabila ditanya hakim, dia menjelaskan dia telah menghubungi mangsa untuk meminta maaf tetapi wanita itu enggan bercakap dengannya.



Di atas kesalahannya itu, Dilip boleh dipenjara hingga setahun dan didenda $5,000.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >