Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengendali dormitori, Muis dan pemerintah kerjasama bantu pekerja asing Muslim semasa Ramadan

Apr 24, 2020 | 06:10 AM



PENGENDALI dormitori di bawah Kesatuan Dormitori Singapura Ltd akan bekerjasama secara kerap dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) serta pemerintah untuk menyokong pekerja asing dalam memenuhi keperluan mereka menunaikan ibadah Ramadan.



Ini sedang mereka harus mematuhi larangan pergerakan keluar masuk dormitiri ekoran langkah pemutus rantaian jangkitan yang diperluas dan dilanjutkan hingga 1 Jun.



Kementerian Tenaga Manusa (MOM) dalam satu kenyataan pada Jumaat (24 April) berkata pekerja asing Muslim boleh menunaikan ibadah secara sendirian atau jika mematuhi jarak selamat, dengan jemaah lain dalam bilik sama. Sejadah baru dan keperluan lain untuk berbuka puasa, seperti kurma akan disediakan. 



Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad, berkata:



"Keadaan Covid-19 ini memerlukan semua tenaga untuk turun padang dan bantuan pengendali dormitiri yang tampil ke hadapan untuk menangani cabaran sewaktu keadaan sulit ini amat dihargai."



"Kami berharap mereka terus memberi sokongan sedang kami mengutamakan kebajikan pekerja asing kita," tambah Encik Zaqy.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >