Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengerusi Masjid Al-Firdaus, Haji Noordin Abdul Sukor, meninggal dunia

Jun 01, 2021 | 04:41 PM



PENGERUSI Masjid Al-Firdaus, Haji Noordin Abdul Sukor, telah meninggal dunia pada pagi Selasa (1 Jun).


Berita kematian itu antara lain diumumkan di laman Facebook masjid yang terletak di Jalan Ibadat di kawasan Choa Chu Kang itu.


Allahyarham telah berkhidmat di Masjid Al-Firdaus sejak 2010.


Allahyarham juga telah memimpin dan menyumbang kepada beberapa masjid lain, termasuk Masjid Kassim dari 2003 hingga 2009 dan Masjid Maarof dari 2013 hingga 2016.


Di bawah kepimpinannya, Masjid Kassim menjadi hab bagi pembelajaran Islam, dan antara lain telah menganjurkan Pesta Buku Islam dari 2002 hingga 2012, yang menarik sekitar 3,000 pengunjung setahun.


Di Masjid Kassim juga Allahyarkam memulakan Bazaar Ramadan yang memberi wadah berniaga kepada ibu bapa tunggal.


Di Masjid Al-Firdaus pula, dan dalam memainkan peranan sebagai pengurusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Maarof, Allahyarham menunjukkan keupayaan menjalin rangkaian.


Menerusi usahanya, Masjid Al-Firdaus bekerjasama dengan Sekolah Menengah Unity untuk menyediakan pengangkutan bagi pelajar melaksanakan solat Jumaat dan mengagihkan bantuan kewangan kepada pelajar Muslim yang layak.


Bagi Masjid Maarof, beliau memimpin pasukan yang bekerjasama dengan jawatankuasa akar umbi dan kelompok masjid untuk mengumpul lebih $4.5 juta bagi pembinaan masjid itu, yang dibuka secara rasmi pada 2017.


"Dengan dukacitanya saya terima berita tentang pemergian seorang pemimpin masyarakat dan masjid kita di kawasan Choa Chu Kang. Telah kembali ke rahmatullah, Tuan Hj Noordin bin Abdul Shukur, Pengerusi Masjid Al-Firdaus pagi ini. Semoga Allah SWT menerima segala amal baiknya, merahmati rohnya dan beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh," tulis Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >