MUSABAQAH TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN
Pengetua, pelajar tahfiz johan qariah, qari
Apr 25, 2016 | 05:30 AM
WALAUPUN di dalam keadaan kurang sihat pada beberapa minggu sebelum ini, Cik Nurul 'Izzah Khamsani berjaya muncul sebagai johan qariah musabaqah tilawah Al-Quran (MTTQ) peringkat kebangsaan tahun ini.
Semasa ditemui selepas majlis penyampaian hadiah di auditorium Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam, beliau, 31 tahun - seorang pengetua madrasah di Masjid Jamiyah Ar-Rabitah - kelihatan gembira atas pencapaian itu.