Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penggodam sasar 8 hotel Shangri-La antara Mei-Julai, data tetamu mungkin bocor

Oct 01, 2022 | 04:12 PM



Satu godaman pangkalan data telah berlaku di rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La, berpotensi mendedahkan maklumat peribadi tetamu yang pernah bermalaman di hotel-hotel tersebut, Hong Kong, Chiang Mai, Taipei dan Tokyo.



Dalam satu emel yang memberitahu tetamu yang terjejas semalam (30 September), naib presiden kanan operasi dan proses transformasi kumpulan itu, Encik Brian Yu, berkata:



"Satu ancaman canggih berjaya melepasi sistem pemantauan keselamatan IT Shangri-La tanpa dikesan dan mengakses secara haram pangkalan data tetamu."



Siasatan menunjukkan bahawa godaman berlaku antara Mei dengan Julai lalu.



Pada masa itulah Dialog Shangri-La yang merupakan mesyuarat keselamatan tertinggi Asia kembali ke Singapura selepas ditiadakan selama dua tahun akibat wabak Covid-19.



Acara itu berlangsung di hotel Shangri-La di sepanjang Orange Grove Road dekat Orchard Road antara 10 dengan 12 Jun.



Dalam satu emel yang dihantar kepada tetamu yang terjejas, Encik Yu mengesahkan bahawa sesetengah fail data telah dicuri dari pangkalan data yang digodam.



"Meskipun kami tidak dapat sahkan kandungan dalam fail data itu, ia  mungkin mengandungi data tetamu," tambahnya.



Ditanya sekiranya Dialog Shangri-La menjadi sasaran khusus, seorang jurucakap hotel itu berkata:



"Tiada bukti yang menunjukkan bahawa sebarang hotel atau acara tertentu telah disasarkan.



"Sebagai dasar, kami tidak akan dedahkan maklumat mengenai tetamu kami," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >