Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna mahu aturan baru Internet cegah terdedah kepada kandungan bahaya

Jul 23, 2022 | 05:30 AM



SEDANG pemerintah berusaha membangunkan peraturan Internet baru bagi meningkatkan keselamatan dalam talian, orang ramai akur usaha ini bermanfaat dan tepat pada masanya, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.



Pengguna berpendapat ia akan menjadi lebih berkesan jika ia dapat memainkan peranan aktif dalam mencegah diri mereka daripada terdedah kepada kandungan berbahaya, ujar beliau.



Dua set peraturan sedang dibangunkan. Pertama, Kod Amali bagi Keselamatan Dalam Talian, yang menghendaki khidmat media sosial khusus mempunyai proses mempertingkat keselamatan bagi semua pengguna, terutamanya pengguna muda.



Kedua, Kod Kandungan bagi Perkhidmatan Media Sosial, yang akan membolehkan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengarah khidmat media sosial menurunkan kandungan yang mempunyai kesan buruk.



"Mereka menganggap ini sebagai peranan penting pendidikan awam. Ini bukan sesuatu yang boleh dijalankan pemerintah sendiri tetapi satu usaha yang perlu melibatkan masyarakat lebih meluas.



"Dan terdapat keperluan juga, menerusi usaha pendidikan awam, membantu individu memahami bahawa apabila mereka - sebagai pengguna khidmat media sosial - menghasilkan dan menerbitkan kandungan, mereka mempunyai tanggungjawab memastikan mereka tidak menyebabkan bahaya kepada sesiapa," ujarnya.



Beliau berkata demikian kepada media semasa menghadiri satu perbincangan kumpulan fokus bersama ibu bapa dan belia kelmarin.



Cik Teo turut menarik perhatian bahawa kesedaran tentang wadah keselamatan pengguna dan penggunaannya tidak sama rata. Ini menekankan perlunya meningkatkan kesedaran tentang wadah keselamatan ini buat pengguna.



"Dalam kalangan mereka yang tahu tentang wadah ini juga, ada keinginan lebih besar agar khidmat media sosial boleh bersikap lebih responsif kepada keperluan individu serta keadaan masyarakat.



"Dalam erti kata lain, ada keinginan agar khidmat media sosial memahami bahawa konteks di Singapura mungkin berbeza berbanding tempat asal khidmat itu dihasilkan," ujar Cik Teo.



Ini perbincangan kumpulan fokus ketiga berhubung keselamatan dalam talian yang diadakan sejauh ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >