PENGGUNAAN alat komunikasi mudah alih, termasuk telefon bimbit dan tablet, semasa memandu bakal diketatkan lagi apabila Rang Undang-Undang Lalu Lintas (Pindaan) 2014 diperkenalkan buat bacaan pertama di Parlimen semalam.
Satu kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata rang pindaan itu akan mengukuhkan kuasa penguatkuasaan Polis Trafik (TP), selain menjelaskan kelakuan yang harus ditonjolkan para pemandu dan pengguna jalan raya.