Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghantaran pertama vaksin Covid-19 Moderna tiba awal

Feb 17, 2021 | 06:02 PM



PENGHANTARAN pertama vaksin Covid-19 Moderna tiba di Singapura pada petang Rabu (17 Februari).



Ia dibawa oleh kapal terbang Singapore Airlines (SIA) yang berlepas dari Brussels di Belgium dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada 1.40 petang.


Vaksin itu diberi keutamaan apabila dimasukkan di Brussels dan apabila dikeluarkan di Singapura, kata SIA dalam satu kenyataan.


Ia kemudian dibawa ke kemudahan rantaian sejuk SATS, Coolport, untuk penyimpanan dan pengangkutan di darat.


Kementerian Kesihatan (MOH) pada 3 Februari berkata penghantaran pertama vaksin Covid-19 Moderna itu akan tiba sekitar Mac, jika tidak ada gangguan pada jadual penghantaran.


Vaksin itu adalah vaksin Covid-19 kedua yang dibenar digunakan di Singapura selepas vaksin Pfizer-BioNTech, yang diluluskan pada pertengahan Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >