Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penginapan di hotel setempat capai paras tertinggi

stb
Oct 29, 2021 | 05:30 AM



KADAR penginapan bilik hotel dan pendapatan bagi setiap bilik mencapai paras tertinggi bulan lalu, menurut perangkaan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).



Peratusan penginapan bilik hotel mencapai 65 peratus bulan lalu, tertinggi sepanjang tahun ini. Ia mencapai 55 peratus pada Ogos.



Pendapatan bilik bagi industri hotel di Singapura mencapai $79.1 juta bulan lalu, daripada $68.6 juta Ogos lalu, manakala kadar purata bilik meningkat mencapai $163.60 bulan lalu, daripada $147.90 pada Ogos.



Peningkatan itu disaksikan di semua jenis hotel, daripada hotel ekonomi, pertengahan dan mewah.



Tetapi ia masih jauh daripada perangkaan sebelum Covid-19.



Pada 2019, peratusan penginapan bilik hotel mencapai 87 peratus dan kadar purata bilik mencecah $205.07.



STB juga mendedahkan bahawa bilangan pelawat antarabangsa meningkat 19.7 peratus mencapai 19,000 orang, dengan peningkatan terbesar pelawat dari China.



Seramai 8,950 pelawat China melawat negara ini bulan lalu, peningkatan daripada 8,900 pada Ogos.



Pengunjung dari Jerman juga naik mencapai 760 bulan lalu, daripada 139 pada bulan sebelumnya.



Singapura memulakan Laluan Perjalanan bagi Orang Yang Divaksin (VTL) bagi penumpang dari Jerman dan Brunei pada 8 September lalu.



Ia memperluas skim itu kepada pengunjung dari Canada, Denmark, Perancis, Italy, Belanda, Sepanyol, Britain dan Amerika Syarikat pada 19 Oktober.



Ia juga dijadualkan memulakan satu lagi perjanjian VTL bersama Korea Selatan pada 15 November.



Secara keseluruhan, bilangan pelawat antarabangsa mencapai 93.6 peratus, mencapai 172,060 pelawat asing bagi sembilan bulan pertama tahun ini, dari setahun lalu.



Ia bagaimanapun jauh lebih kecil daripada 14.33 juta pelawat yang mengunjungi Singapura bagi tiga suku tahunan pertama 2019 sebelum pandemik Covid-19 berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >