JERIH bergelar penggiat tarian Melayu yang perlu melalui liku-liku kehidupan sebelum mengecapi kejayaan sudah diharungi pengkaji antropologi tarian, Encik Muhammad Noramin Mohamed Farid.
Beliau malah berpegang teguh kepada nasihat guru tari veteran dan pemenang Pingat Budaya, Cik Som Said, bahawa tiada jalan pintas dalam mencapai kejayaan.