Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penglibatan masyarakat penting tangani pengganasan: Xueling

Sep 29, 2022 | 05:30 AM



USAHA pemerintah sahaja tidak mencukupi dalam menangani ancaman pengganasan yang dihadapi Singapura.



Pihak polis tidak dapat dikerahkan di semua tempat pada masa yang sama.



Justeru respons awal harus dimulakan sebelum ketibaan polis.



Ini memerlukan masyarakat yang peka, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) Cik Sun Xueling sewaktu Anugerah Kumpulan Pengawas Keselamatan (SSWG) di Orchard Hotel semalam.



"Masyarakat lebih mengenali orang-orang di sekeliling dan dengan itu lebih peka terhadap perubahan dalam tingkah laku berbanding dengan orang luar.



"Kami bergantung pada masyarakat untuk memberi perhatian dan menyediakan maklumat tentang kemungkinan berlaku radikalisasi diri kepada pihak berkuasa untuk menghalangnya dengan lebih awal," tambah Cik Sun.



Seramai 137 anggota SSWG menerima anugerah dalam pelbagai kategori semasa Anugerah Kebangsaan SSWG itu.



Anugerah itu memberi pengiktirafan kepada anggota di peringkat nasional atas kerjasama mereka bersama Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam meningkatkan pengawasan keselamatan di tempat kerja.



Dimulakan pada 2009 oleh SPF dan SCDF, anugerah itu mengiktiraf usaha luar biasa anggota dalam bidang keselamatan, serta menggalak bangunan komersial menyertai skim itu dan menyertai kegiatan SSWG.



SSWG adalah rangkaian penting yang membolehkan SPF dan SCDF bekerjasama dengan pemilik bangunan untuk meningkatkan kesediaan mereka terhadap sebarang serangan.



SSWG juga memainkan peranan penting dalam menyokong gerakan SGSecure.



SPF dan SCDF akan terus menganjurkan mesyuarat, kursus dan seminar untuk memastikan anggota SSWG sentiasa dikemas kini mengenai ancaman terkini dan langkah-langkah perlindungan sedia ada.



Selain itu, 18 pertubuhan telah menerima Anugerah Sistem Bersepadu Mengesan Ancaman Daripada Orang (Topsis).



Topsis ialah program peningkatan keselamatan yang dilaksanakan di sempadan pusat pemeriksaan dari 2009 untuk meningkatkan keselamatan penerbangan dan sempadan di mana pegawai pusat pemeriksaan dilatih untuk mengenal pasti orang yang mencurigakan



Topsis juga menyokong inisiatif SGSecure dengan menggalak kewaspadaan masyarakat yang dilengkapi dengan set kemahiran Topsis untuk melaporkan sebarang kesangsian.



Cik Sun mengakhiri ucapannya dengan mengucapkan tahniah kepada semua penerima atas komitmen mereka yang berterusan dalam memastikan keselamatan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >