Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penglibatan masyarakat, program cegah dadah demi tingkat kesedaran belia

May 05, 2023 | 05:30 AM



PENGLIBATAN pelbagai kumpulan dalam masyarakat dan usaha mewujudkan program huluan pencegahan dadah adalah penting supaya belia lebih memahami isu itu dengan lebih mendalam, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Penglibatan itu termasuk penyertaan ibu bapa, sekolah dan mereka yang jalani perkhidmatan negara (NS) untuk memaklumkan tentang bahaya dadah dengan lebih baik.



Ketika ditemui di Rumah Peralihan Pertapis, Dr Faishal penglibatan masyarakat adalah penting untuk memastikan golongan belia jauhi diri daripada kancah dadah.



"Penubuhan IMC (Jawatankuasa Antara Kementerian) ini memberi peluang untuk kami mendekati pelbagai lapisan masyarakat.



"Ini supaya mereka dapat tahu bahawa dadah itu memusnahkan dan dapat menjejas kehidupan mereka," katanya.



IMC mengenai pencegahan dadah akan dipengerusikan Menteri Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



Menurut Biro Narkotik Pusat (CNB), IMC baru ini akan mengkaji untuk membangun respons keseluruhan pemerintah terhadap masalah dadah di kalangan belia, dengan tumpuan kepada pencegahan dadah.



Jawatankuasa ini dijangka bermula pada suku ketiga tahun 2023.



Melalui IMC ini Encik Shanmugam berkata mereka akan bekerja rapat bersama pelbagai lapisan masyarakat dan mempelajari cara terbaik untuk menyampaikan mesej memerangi kancah dadah.



"Kami harus memberi mereka alternatif, dan juga peluang memikirkan tentang isu dadah.



"Ia juga memberi kami peluang untuk memastikan mereka menjauhkan diri daripada terlibat dalam masalah ini," katanya.



Sementara itu, Dr Faishal berkata amat penting untuk terus menyokong mereka yang terjejas kerana kancah dadah.



Katanya, kerjasama kolektif diperlukan antara badan Melayu/Islam (MMO) bersama kementerian untuk menawarkan sokongan yang menyeluruh.



Dengan adanya landasan sokongan seperti Fitrah (Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga), rangkaian MMO dan semua lapisan masyarakat yang mungkin lebih tahu tentang isu seperti ini, Dr Faishal berkata ia menawarkan ruang yang selamat untuk mereka mengadu atau mencari bantuan.



"Selagi kita dapat membangunkan rangkaian yang lebih mantap, pemulihan dan integrasi semula mereka akan menjadi lagi stabil.



"Setiap individu di Singapura ini adalah penting. Setiap individu ini juga mempunyai keluarga.



"Apabila dadah itu menjejas kehidupan individu itu, ia bukan sahaja menjejas diri mereka sendiri tetapi juga keluarga dan masyarakat.



"Jadi sekiranya masyarakat dapat menghulur bantuan dan meringankan beban itu, kita dapat membina masyarakat yang lebih baik," kata Dr Faishal.




"Kami harus memberi mereka alternatif, dan juga peluang memikirkan tentang isu dadah. Ia juga memberi kami peluang untuk memastikan mereka menjauhkan diri daripada terlibat dalam masalah ini."
- Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.




SEKILAS IMC MENGENAI PENCEGAHAN DADAH UNTUK BELIA



- IMC akan dipengerusikan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



- Dianggotai Pengerusi dan tujuh Menteri Negara Kanan, Menteri Negara, Setiausaha Parlimen Kanan daripada pelbagai kementerian.



- Kementerian yang terlibat termasuk Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Kementerian Pertahanan (Mindef), Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), Persatuan Rakyat (PA) dan Kementerian Kesihatan (MOH).



- Jawatankuasa dijangka mula pada suku ketiga tahun 2023.



- IMC akan kaji untuk bangunkan respons keseluruhan pemerintah terhadap masalah dadah di kalangan belia, dengan tumpuan kepada pencegahan dadah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >