KEPUTUSAN PSLE

Pengorbanan ibu pembakar semangat buru kecemerlangan

Ia memerlukan usaha dan motivasi, selain kekuatan menghadapi pelbagai cabaran. Itulah antara faktor yang membawa kejayaan kepada para pelajar madrasah yang meraih keputusan memuaskan dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) mereka tahun ini. SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg), FARAH REZAL (rfarah@sph.com.sg), NUR FATHIN AWALLUDIN (nfathin@sph.com.sg) dan PUTRI MARDHIYAH YAZID (yputri@sph.com.sg) menemui beberapa pelajar madrasah sedemikian.

MELIHAT kegigihan dan sikap tidak mengerti penat ibunya, secara tidak langsung, membuat pelajar berusia 12 tahun, Nur Thoyyibah Ahmad Jelani, tersentuh sehingga dia bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) yang didudukinya.

Ibunya, Cik Mahanie Hassan, yang dikenali sebagai pelakon pada lewat 1970-an hingga 1998, berhempas pulas bekerja siang dan malam, mentelah lagi beliau merupakan pencari nafkah utama keluarga.

Promosi Masa Terhad Hari Raya

Berita Harian

Atau langgani sekarang untuk menerima salah satu daripada hadiah menarik ini

bernilai sehingga $179