Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penguasaan bahasa ibunda dalam kalangan kanak-kanak penting: Maliki

Apr 09, 2023 | 05:30 AM



PENGUASAAN bahasa Melayu di kalangan kanak-kanak itu amat penting, tegas Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman semasa perbincangan panel yang diadakan di Karnival Dwibahasa oleh SPH Media pada Sabtu.



Topik perbincangan itu membincangkan tentang 'Menggalakkan penggunaan Bahasa Ibunda di Rumah dari Muda.'



"Kita akur bahasa Inggeris adalah bahasa seharian kita, tetapi ini tidak bermakna bahawa bahasa ibunda boleh diketepikan.



Kita tahu bahasa ibunda juga akan menerapkan budaya, warisan dan sejarah," tambahnya.



Pada sesi perbincangan itu, Dr Maliki turut berkongsi bagaimana beliau menerapkan penggunaan bahasa ibunda di rumahnya bersama anak-anak.



"Apa yang saya cuba lakukan di rumah ialah mempunyai akhbar, The Straits Times dan Berita Harian di atas meja setiap pagi.



Ini adalah untuk memastikan mereka memperoleh dan membiasakan diri dengan berita dalam kededua bahasa."



Beliau menambah bahawa ia adalah berguna untuk anak-anaknya melakukan latihan harian ini sambil memahami bahawa kededua bahasa adalah sama penting.



Perbincangan panel itu juga turut dihadiri penyanyi dan penulis lagu Cik Tay Kewei dan pengasas Buku Chellamey, Cik Usha Kumaran dan Cik Razmiah Banu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >