Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Penguatkuasaan lebih ketat tangani bahan, pesalah psikoaktif

Mar 22, 2023 | 05:30 AM



SEGALA pengilangan, import dan eksport, trafik, pemilikan dan penggunaan bahan psikoaktif baru (NPS) akan menjadi satu jenayah di bawah sebuah pindaan rang undang-undang yang telah diluluskan di Parlimen pada Selasa.



Antara perubahan yang dipinda kepada Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA), ia juga memperkenalkan rangka kerja hukuman berperingkat bagi kesalahan memiliki dadah seperti meningkatkan hukuman bagi pemilikan lapan dadah terpilih yang menyebabkan kemudaratan yang lebih besar kepada masyarakat tempatan.



Pada masa yang sama, beberapa pindaan perlembagaan di bawah Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Undang-Undang (MinLaw) juga telah diluluskan untuk mematuhi keperluan prosedur.



Membentangkan usul itu di parlimen pada Selasa, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata bahawa perubahan baru itu akan membolehkan Biro Narkotik Pusat (CNB) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap NPS yang berpotensi bahaya dan kuat.



"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melihat peningkatan ancaman baru dalam landskap dadah. NPS ialah bahan yang dihasilkan secara sintetik yang meniru kesan dadah terkawal tradisional, seperti kokain, heroin dan kanabis.



"Di Singapura, bilangan pengguna NPS yang ditangkap meningkat daripada purata tiga pesalah setahun antara 2014 dan 2017, kepada purata 235 setahun dari 2018 hingga 2022," tambahnya.



Dengan perubahan dalam perundangan itu, Dr Faishal berkata beliau berharap ia akan dapat mengukuhkan lagi usaha membanteras dadah supaya masyarakat Singapura bebas daripada dadah.



Antara perubahan dalam rang undang-undang itu termasuk mengusulkan rangka perundangan yang baru untuk menangani ancaman NPS berdasarkan kapasitinya untuk menimbulkan kesan psikoaktif, dan bukan berdasarkan struktur molekulnya.



Dengan pindaan itu, CNB boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap NPS yang berpotensi bahaya dan serius, dan tidak perlu menunggu sehingga struktur molekulnya dikenal pasti dan disenaraikan dalam MDA.



Selain itu, hukuman akan ditingkatkan, termasuk menyediakan hukuman berperingkat bagi pemilikan jumlah besar dadah yang telah dikenal pasti.



Rangka hukuman baru juga akan dikenakan kepada pemilikan lapan jenis dadah yang dinilai paling merbahaya dan memudaratkan, iaitu morfin, heroin tulen, candu, kokain, ganja, resin ganja, campuran ganja dan metafetamin.



Selain itu, beberapa pindaan lain untuk mengurangkan baki Dana Luar Jangkaan juga diluluskan.



Dalam Belanjawan 2023, Timbalan Perdana Menteri Encik Lawrence Wong telah berkata pemerintah akan memperkenalkan mekanisme untuk mengurangkan baki dana tersebut untuk mengekalkan disiplin dalam cara pemerintah menguruskan kewangannya.



Kini, dengan kembalinya kehidupan baru pasca pandemik, Dr Faishal berkata baki dana itu yang sebanyak $16 bilion akan dikurangkan kepada $6 bilion demi memastikan disiplin fiskal yang lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >