Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Pengurus keselamatan jaya catat rekod tiada cedera di tapak binaan

Terima Anugerah Pegawai Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Singapura pada 2020 hasil usaha cemerlang di stesen MRT Cantonment Laluan Circle Line
Feb 10, 2022 | 05:30 AM



TAPAK pembinaan tempat Encik Mohammad Hafiiz Johari ditugaskan sebagai pengurus keselamatan sejak 2018 tidak pernah mengalami sebarang kejadian berbahaya atau pekerja yang cedera.



Atas usaha cemerlangnya menjaga keselamatan pekerja di tapak pembinaan stesen MRT Cantonment di Laluan Circle Line itu, Encik Hafiiz diberi Anugerah Pegawai Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Singapura pada 2020.



Anugerah itu antara yang tertinggi dan terkini yang diterima bapa dua anak itu dalam tempoh 14 tahun beliau bertugas dalam industri keselamatan dan kesihatan di tempat kerja (WSH).



Ditemui baru-baru ini, Encik Hafiiz, 40 tahun, berkata beliau ditugaskan sebagai pengurus keselamatan di tapak itu pada 2018, beberapa bulan selepas projek itu bermula.



Pekerja syarikat China State Construction Engineering Corporation Limited Singapore Branch itu berkata beliau mengambil sedikit masa untuk meningkatkan budaya keselamatan di tapak itu, yang tidak berada di standard tertinggi pada waktu itu memandangkan ia baru bermula.



"Perubahan bermula apabila ketua melangkah ke hadapan.



"Saya berpeluang melatih ramai jurutera muda, pekerja dan kakitangan WSH, membentuk mereka untuk mempunyai kesan positif ke atas rakan kerja mereka, dan standard keselamatan projek serta industri.



"Apabila individu-individu ini mula mengubah budaya mereka, mereka membawa semangat dan kecemerlangan kepada standard projek WSH," kata Encik Hafiiz.



"Saya tekankan kepada mereka bahawa sifar adalah satu-satunya nombor yang diterima bagi kecederaan dan kematian," tambahnya.



Sepanjang ditugaskan ke projek pembinaan itu, Encik Hafiiz telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan standard keselamatan dan salah satu daripadanya ialah senarai semak MOS.



MOS adalah singkatan bagi machine (mesin), ownself (diri sendiri) dan surrounding (sekeliling).



Beliau memperkenalkannya setelah sering memerhatikan yang pekerja sukar mengingati protokol keselamatan walaupun mereka tahu tentang peri pentingnya.



"Saya rasa MOS adalah singkatan yang pekerja daripada semua warganegara dapat ingat dan faham dengan mudah," kata Encik Hafiiz, yang merupakan antara 10 pemenang Anugerah Pempengaruh Keselamatan yang diberikan oleh Dunia Keselamatan & Kesihatan Asia tahun lalu.



Beliau berkata, beberapa pekerja dari projek lain yang ditugaskan ke tapak pembinaan itu mempersoalkan senarai semak MOS tersebut.



"Mereka kata projek lain tidak memerlukan ini. Tetapi ini bukan sesuatu yang saya risaukan kerana di peringkat pengarah projek dan subkontraktor, mereka yakin pelaksanaan MOS boleh menyelamatkan nyawa," katanya yang amat menggalakkan budaya melaporkan kecederaan atau kemalangan yang hampir berlaku.



Encik Hafiiz juga mengajak pekerja bersama-sama membina mesin pembinaan bersaiz kecil seperti kren untuk digunakan semasa sesi latihan keselamatan agar pekerja seronok menjalani latihan dan bukan sekadar mengikutinya kerana terpaksa.



"Setiap pengurus keselamatan sentiasa risau tentang keselamatan di tempat kerja.



"Dalam tempoh pandemik ini, kami turut prihatin tentang kesejahteraan mental pekerja migran. Mereka sudah beberapa tahun tidak dapat pulang menemui keluarga dan mereka mungkin tidak dapat memberi tumpuan penuh di tempat kerja.



"Saya ada juga melihat beberapa tanda seperti pekerja risaukan ibu bapa yang tidak sihat, dan ini boleh menjejas keselamatan di lokasi.



"Tetapi keadaan ini berlaku di serata dunia dan tidak dielakkan jadi saya cuba membuat mereka gembira," kata Encik Hafiiz.



Selesai projek membina stesen MRT itu pada 2025, Encik Hafiiz berharap dapat diberi peluang bekerja sebagai pengurus atau pengarah keselamatan di peringkat korporat.



Ini bermakna beliau akan bertanggungjawab ke atas beberapa projek, pegawai dan pengurus keselamatan, melakukan tender serta mengubah budaya perniagaan.




TEKANKAN SIFAR KECEDERAAN DAN KEMATIAN



"Saya berpeluang melatih ramai jurutera muda, pekerja dan kakitangan WSH (keselamatan dan kesihatan di tempat kerja), membentuk mereka untuk mempunyai kesan positif ke atas rakan kerja mereka, dan standard keselamatan projek serta industri...



Saya tekankan kepada mereka bahawa sifar adalah satu-satunya nombor yang diterima bagi kecederaan dan kematian."



PERKENAL INISIATIF SENARAI SEMAK



"Saya rasa MOS (singkatan bagi mesin, diri sendiri dan sekeliling) adalah singkatan yang pekerja daripada semua warganegara dapat ingat dan faham dengan mudah.



Mereka kata projek lain tidak memerlukan ini. Tetapi ini bukan sesuatu yang saya risaukan kerana di peringkat pengarah projek dan subkontraktor, mereka yakin pelaksanaan MOS boleh menyelamatkan nyawa."

- Encik Mohammad Hafiiz Johari, pengurus keselamatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >