Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Pengurus Norwich tak puas hati VAR beri Newcastle penalti

Dec 02, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Norwich, Dean Smith, berasa keputusan pengadil memberi Newcastle penalti pada separuh masa kedua perlawanan antara dua pasukan itu di St Jame's Park kelmarin, (waktu tempatan) berat sebelah dan tidak masuk akal.



Penalti itu, yang dijaringkan Callum Wilson bagi Newcastle, bermakna Norwich hanya dapat seri 1-1 dengan pasukan tuan rumah itu.



Penalti itu diberi oleh penolong pengadil maya (VAR) selepas Billy Gilmour diputuskan menggunakan lengannya untuk mengadang tandukan Federico Fernandez.



Selepas gol Newcastle itu, Norwich menyamakan kedudukan menerusi gol cantik rembatan sangga Teemu Pukki, tetapi Smith berkata beliau masih tidak berpuas hati.



"Kita telah mengambil semua tanggungjawab daripada pegawai di padang (dan memberinya kepada pengadil di luar padang, merujuk kepada VAR)," ujar Smith.



"Apakah boleh mengena lengannya? Ya, tapi pengadil bagi saya tahu ia terkena lengannya dan masih menunjuk ke arah sudut. Mungkin kerana jaraknya dekat dengan tandukan.



"Saya diberitahu bahawa ada undang-undang jika lengan berada di atas bahu anda, ia bermakna penalti, tetapi jika (VAR) mengambil masa 90 saat untuk membuat keputusan di studio, maka sudah tentu itu bukan keputusan jelas dan ketara.



"Saya hanya kecewa sekarang seolah-olah pengadil di padang tidak diberi cukup tanggungjawab untuk membuat keputusan besar," ujar Smith.



Newcastle memulakan perlawanan dengan mengundang masalah sendiri apabila Ciaran Clark dilayang kad merah kerana mengasari Pukki, yang berpeluang baik menjaringkan gol.



Namun, Newcastle, yang dipimpin pengurus baru Howe, memberi respons baik dan mula bersaing dengan lawan. Namun mereka tidak dapat mencipta banyak peluang, kecuali menerusi tendangan Wilson untuk menjaringkan gol dari petak penalti.



Keputusan seri itu bermakna Newcastle terus terperuk di kaki liga, sementara Norwich naik ke tangga ke-18.



"Saya bertuah kerana menyertai kelab yang telah memenangi perlawanannya sebelum ini dan kini kami telah mengelakkan kekalahan dalam tiga perlawanan. Namun, saya masih tidak berpuas hati kerana bagi saya dua mata dirompak daripada kami," ujar Smith.



Howe menyifatkan perlawanan itu sebagai saat bermakna baginya - kali pertama beliau duduk di kerusi pengurus di St Jame's Park - tetapi keputusan yang diharapkan tidak muncul.



Newcastle kini perlu membuat persiapan mengharungi senarai perlawanan sukar bulan ini - menentang Leicester, Liverpool, Manchester City, Manchester United dan Everton.



Dalam satu lagi perlawanan kelmarin, Crystal Palace hilang mata selepas Raphinha menjaringkan gol masa kecederaan untuk memberi kemenangan 1-0 bagi Leeds.



Perlawanan tanpa peluang dan idea itu kelihatan akan berkesudahan 0-0, hingga Marc Guehi menyentuh bola dengan tangannya pada masa kecederaan. Raphinha tidak mensesiakan peluang keemasan menjaringkan gol dan Leeds memperoleh kemenangan ketiga liga musim ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >