Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Pengurus stesen tahan lelaki yang didakwa rakam video 'upskirt'

Oct 19, 2022 | 05:30 AM



PENGURUS stesen, Encik Izhar Mohamed Ibrahim sedang menjalankan tugasnya seperti biasa apabila beliau tiba-tiba dimaklumkan oleh rakan kerjanya mengenai seorang lelaki yang berkelakuan mencurigakan di stesen MRT Clementi.



Beliau kemudian menjejaki lelaki berusia 20an itu dari belakang dan melihatnya didakwa merakam video 'upskirt' atau dalam skirt wanita.



"Suspek itu tak sedar bahawa saya berada di belakangnya.



"Saya lihat dia keluarkan telefon bimbit dan meletaknya di bawah skirt wanita itu. Saya nampak bahawa telefon bimbitnya hidup. Saya sebenarnya tidak lihat apa yang dirakamnya tetapi saya tahu bahawa kameranya sedang buat rakaman.



"Saya pun menepuk bahunya dan tanya dia apa yang cuba dilakukannya," ujar Encik Izhar, 46 tahun.



Walaupun lelaki itu pada mulanya menafi tindakannya, Encik Izhar dapat merampas telefon bimbitnya supaya ia dapat dijadikan bahan bukti.



Beliau dan rakan kerjanya, Encik Tan Kian Ann, yang merupakan pegawai keselamatan transit, sama-sama menahan lelaki itu sehingga polis tiba.



Atas tindakannya dalam kejadian yang berlaku Ogos lalu, Encik Izhar baru-baru ini diiktiraf dengan Anugerah Kerjasama Masyarakat oleh Pasukan Polis Singapura dalam majlis yang diadakan di Komand Keselamatan Pengangkutan Awam (TransCom).



Bagi bapa empat anak itu, anugerah itu menjadi pencetus buat dirinya kerana dapat memainkan peranan bagi memastikan keselamatan masyarakat.



Ini mentelah lagi kerana beliau baru beberapa bulan sahaja berkecimpung dalam bidang keselamatan.



Menangani kes seperti itu buat pertama kali, Encik Izhar berkata apa yang berada di fikirannya pada waktu itu adalah untuk memastikan suspek tidak melarikan diri.



"Saya rasa ia amat penting bagi setiap individu untuk memainkan peranan mereka. Jika kita hanya bergantung kepada kakitangan stesen sahaja, agak susah bagi kakitangan untuk mengenal pasti orang yang melakukan kesalahan seperti mengambil video upskirt melainkan ada penumpang yang lihat, melaporkan kepada kami supaya kami dapat ambil tindakan.



"Tentunya kami sebagai kakitangan stesen akan sentiasa berjaga-jaga tetapi tanpa bantuan penumpang, agak sukar untuk menangkap suspek sebegini.



"Membantu satu sama lain adalah satu-satunya cara untuk menghentikan jenayah," katanya memberi nasihat.




“Saya rasa ia amat penting bagi setiap individu untuk memainkan peranan mereka. Jika kita hanya bergantung kepada kakitangan stesen sahaja, agak susah bagi kakitangan untuk mengenal pasti orang yang melakukan kesalahan seperti mengambil video upskirt melainkan ada penumpang yang lihat, melaporkan kepada kami supaya kami dapat ambil tindakan.”
- Pengurus stesen, Encik Izhar Mohamed Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >