Pengurusan kanan IHH Healthcare bakal berubah
CEO sekarang, Tan See Leng, akan undur diri hujung tahun
May 29, 2019 | 05:30 AM
SYARIKAT penyedia penjagaan kesihatan, IHH Healthcare, akan melalui perubahan kepimpinan, dengan pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan itu, Dr Tan See Leng, bakal mengundur diri hujung tahun ini.
Jawatan itu akan diambil alih mantan CEO Hospital Mount Elizabeth, Dr Kelvin Loh.