Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LARANGAN EKSPORT AYAM KE S'PURA

Peniaga ayam: Pembeli semakin mula terima ayam beku

Jun 09, 2022 | 06:37 AM



PENJUAL ayam segar yang terjejas dengan larangan eksport ayam dari Malaysia ke Singapura telah menyesuaikan diri dan kini meneruskan perniagaan mereka dengan menjual ayam beku.



Salah seorang penjual ayam segar itu yang telah segera membuat penyesuaian ialah Encik Hashim Abbas, 73 tahun.



Beliau berpengalaman menjual ayam sejak 53 tahun lalu.



Menurut Encik Hashim yang ditemui di Pasar Geylang Serai semalam, beliau perlu membuat penyesuaian demi menampung kehidupannya termasuk mencari sumber alternatif lain dalam bentuk ayam beku dari Amerika Syarikat atau Brazil.



"Jadi untuk kelangsungan, kita akan sambung balik dengan ayam beku sahaja untuk menampung hidup kami," kata beliau.



Beliau menyifatkan kenaikan harga ayam di sini sebagai "kenaikan yang sangat ketara".



"Ini merupakan satu sejarah hari ini di mana kita lihat kenaikan harga sebegini dalam keadaan semasa Malaysia menguatkuasakan larangan eksport ayam ke sini. Justeru, kita sudah tidak ada lagi bekalan tambahan ayam segar."



Encik Hashim menarik perhatian bahawa pelanggannya semakin mula menerima hakikat mengenai bekalan ayam segar yang terhad dan mula menerima bekalan ayam beku.



"Lepas dah beberapa hari itu, balik macam normal. Pelanggan-pelanggan sudah mula lali. Sudah keadaan macam begini, kita terima sajalah," katanya mengenai sentimen pelanggan.



Beliau juga akur bahawa kenaikan harga ayam amat dirasakan hampir semua pelanggannya.



Beliau bersimpati dengan kos yang lebih tinggi yang dihadapi pelanggan, terutama keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.



"Kita tidak boleh mengenakan harga terlalu tinggi kerana ia menjejas pelanggan. Kalau beli seekor dua pun jadi, janji anak itu boleh makan."



"Harga main peranan penting dalam perniagaan hari ini. Mana yang kita boleh bantu, seberapa boleh kita bantu," jelasnya lagi.



"Anak-anak tidak faham kesusahan keluarga dan kita pun sebagai peniaga pun tak boleh ambil kesempatan sangat," pesan beliau.



Dalam keadaan yang tidak menentu sama ada larangan eksport akan berlarutan dalam jangka masa panjang, Encik Hashim menekankan bagaimana pihak pemerintah Singapura memainkan peranan penting dalam memastikan mutu makanan di sini.



"Kalau dalam bab makanan, pemerintah Singapura amat serius," tambahnya.



Menurutnya, pelanggan tidak perlu rasa khuatir dengan perubahan dalam mutu ayam beku dengan ayam segar.



"Kita teruskan dengan ayam beku sebagai alternatif pada waktu ini. Seperti ayam segar, ayam beku mutunya juga baik.



"Ayam beku pun bukan beku selama berbulan-bulan - tempoh paling lama pun tiga atau empat minggu. Walaupun berbeza, mutunya pun tidak banyak berbeza," jelasnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >