Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Peniaga bazar Geylang Serai dambakan lebih ramai pengunjung

Mar 24, 2023 | 05:30 AM



PENIAGA Bazaar Raya Geylang Serai mendambakan kepulangan lebih ramai pengunjung.



Ini setelah sambutan terhadap bazar tersebut - yang sudah seminggu beroperasi - dikatakan tidak sehangat yang dijangka.



Demikian dikongsi beberapa peniaga bazar kepada Berita Harian (BH) pada Khamis.



Menurut mereka, sungguhpun jumlah pengunjung yang datang ke bazar stabil, jumlahnya tidak ramai seperti yang mereka harapkan.



Peniaga Ramly Burger, Cik Jaminah Salim, berkata: "Sambutan kali ini tidak begitu hangat yang saya sangkakan berbanding tempoh sebelum Covid.



"Misalnya pada hari pertama pelancaran bazar, yang biasanya padat dengan pengunjung, jumlah pengunjung tidak begitu tinggi."



Pemilik gerai Warong Man Baba, Encik Yusof Baba, berkata disebabkan jumlah pengunjung yang tidak begitu ramai pada minggu pertama, perniagaan tidaklah serancak yang diinginkan.



Peniaga kuih raya berusia 60 tahun itu berkata:



"Ada pun yang datang hanya sekadar tengok-tengok saja (buat masa ini)."



Selain itu, mereka turut menjelaskan bahawa dengan bazar kejiranan yang ada di serata Singapura, pengunjung kini mempunyai lebih banyak pilihan yang memudahkan mereka.



Encik Yusof berkata banyak bazar yang kini sudah dilancarkan di estet-estet kejiranan, lantas meningkatkan lagi persaingan perniagaan.



"Sungguhpun Geylang merupakan pusat dan nadi bagi sambutan Hari Raya dan Ramadan, dengan adanya pelbagai bazar di kejiranan, ia bermakna pengguna ada lebih pilihan yang memudahkan mereka."



Walaupun demikian, para peniaga melahirkan harapan bahawa jumlah pengunjung akan meningkat saban hari sepanjang Ramadan.



Pengurus gerai Meat My Meat, Encik Muhammad Firman Dollah, 31 tahun, berkata:



"Daripada pengamatan saya, jumlah pengunjung yang hadir kini bersamaan seperti pasar malam.



"Namun, saya berharap jumlahnya akan bertambah saban hari, memandangkan kini masih lagi awal Ramadan."



Dalam pada itu, pengendali bersama bagi bazar tersebut, Enniche Global Trading, menjelaskan rata-rata, peniaga gerai makanan dan minuman (F&B) memberi respons menggalakkan terhadap aturan sedia ada.



Pengarah Enniche Global Trading, Encik Al Shiddiq Rizal, berkata:



"Setakat ini, maklum balas yang kami dapat daripada peniaga F&B secara khususnya amat memberangsangkan.



"Sudah tentu masih banyak lagi yang perlu kami lakukan untuk membuat bazar ini lebih baik bagi semua."



Beliau menjelaskan pihaknya juga akan membantu seberapa mungkin untuk ringankan beban peniaga, khususnya peniaga runcit yang baru berjinak-jinak.



Antaranya, mereka baru-baru ini telah mengumumkan satu skim perkongsian perolehan kasar, di mana peniaga runcit tidak perlu keluarkan modal pendahuluan untuk sewa gerai.



Sebaliknya, sejumlah peratusan daripada hasil kasar peniaga akan dikongsi bersama pengendali selepas tamat tempoh perniagaan di bazar sebagai ganti.



"Kami berharap dengan aturan fleksibel sedemikian, ia sedikit sebanyak dapat menepati keperluan peniaga runcit," tambah beliau.




"Sambutan kali ini tidak begitu hangat yang saya sangkakan berbanding tempoh sebelum Covid. Misalnya pada hari pertama pelancaran bazar, yang biasanya padat dengan pengunjung, jumlah pengunjung tidak begitu tinggi."



- Peniaga Ramly Burger, Cik Jaminah Salim.



"Sungguhpun Geylang merupakan pusat dan nadi bagi sambutan Hari Raya dan Ramadan, dengan adanya pelbagai bazar di kejiranan, ia bermakna pengguna ada lebih pilihan yang memudahkan mereka."



- Pemilik gerai Warong Man Baba, Encik Yusof Baba.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >