Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga boleh pelajari analitik, cipta kandungan bagi dorong penjualan

Jan 19, 2022 | 05:30 AM



MEMAHAMI analitik media sosial dan mencipta kandungan bagi mendorong penjualan.



Ini antara modul yang bakal dipelajari oleh para peniaga berpangkalan di rumah dalam program khusus untuk golongan itu di Akademi Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).



Peniaga mikro, khususnya mereka yang berniaga dari rumah, adalah di antara empat kumpulan khusus yang disasarkan akademi itu.



Menurut kenyataan DPPMS, negara ini telah menyaksikan trend yang semakin meningkat dalam perniagaan berpangkalan di rumah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



"Trend yang konsisten ini menekankan pentingnya untuk perniagaan sedemikian dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi perjalanan keusahawanan.



"Di Akademi DPMMS, peniaga dari rumah boleh menjangkakan program yang berusaha untuk memastikan pemilik perniagaan meningkatkan keupayaan dan membina pengetahuan mengenai topik berkaitan perniagaan," jelas DPPMS.



Modul lain yang bakal dipelajari oleh golongan peniaga ini ialah memahami penyata kewangan, pengenalan kepada perniagaan dari rumah dan pembiayaan permulaan untuk perniagaan.



Para peserta program harus menjalani peringkat asas dan pertengahan, masing-masing selama dua bulan dan peringkat lanjutan yang berlangsung selama tiga bulan.



Sementara itu, satu lagi golongan yang disasarkan dalam program akademi ialah para asatizah.



Mereka boleh menjangkakan modul berkaitan dengan asas industri halal, etika bekerja dalam Islam, memanfaatkan wadah digital untuk produktiviti dan analisis kewangan.



"Sejak beberapa tahun lalu, DPPMS telah perhatikan bahawa semakin ramai asatizah meneroka keusahawanan.



"Justeru dewan menganggap trend ini sebagai satu peluang untuk memastikan kumpulan ini yang bercita-cita menjadi usahawan menimba pengetahuan yang tepat untuk meneroka laluan ini dengan berjaya," ujar DPPMS.



Tambah dewan itu, di akhir program tersebut, para asatizah antara lain, akan mempunyai kemahiran asas untuk mengharungi industri perniagaan halal, dapat menganalisa dengan yakin aspek kewangan dan selia tadbir perniagaan di samping menimba kemahiran media sosial sebagai strategi perniagaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >