Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

F1 GRAND PRIX SINGAPURA SINGAPORE AIRLINES

Peniaga di sekitar litar Marina Bay berharap perniagaan rancak

Sep 30, 2022 | 05:30 AM



PERNIAGAAN di sekitar Litar Marina Bay berharap dapat sambutan rancak sepanjang tiga hari Formula Satu (F1) Grand Prix Singapura Singapore Airlines mulai hari ini.



Ini berikutan dua tahun menyepi dek pandemik Covid-19 yang memaksa pihak penganjur membatalkan acara F1 di sini.



Walaupun beberapa jalan raya ditutup di sekitar Marina Bay dan kawasan Padang sejak Rabu lalu, tinjauan Berita Harian (BH) mendapati sebahagian besar kedai makanan dan runcit di daerah itu percaya perniagaan mereka akan mendapat peningkatan kunjungan oleh orang ramai sempena acara F1 itu.



Mereka berharap perlumbaan penuh gemilang itu akan dapat meningkatkan keuntungan serta kunjungan antara 10 hingga 30 peratus.



Seorang pegawai di kedai jualan jersi dan barangan bola sepak Premier Football, Encik Jin Fu berkongsi kedainya di Suntec City menyasarkan peningkatan kunjungan lebih 20 peratus minggu ini.



"Tempat kami agak strategik kerana bersebelahan dengan kedai Williams Racing yang mempamerkan kereta serta barangan F1 mereka. Apatah lagi, dengan acara Piala Dunia juga bakal tiba, lebih ramai pengunjung asing akan pergi ke kedai kami nanti," katanya yang telah bekerja di sana sejak dua tahun lalu.



Walaupun beberapa jalan raya seperti Nicoll Highway, Beach Road dan Collyer Quay ditutup, Encik Jin berkata ia tidak menghambat para pengunjung untuk makan dan membeli belah di sekitar kawasan itu.



"Boleh lihat ramai pengunjung masih aktif membuat kegiatan di sini. Dengan adanya acara yang berprestij sebegini, tidak hairan akan mendapat lebih ramai kunjungan baik pengunjung tempatan mahupun asing kerana pelbagai kegiatan telah diatur untuk mereka minggu ini," ujar beliau.



Ada di antara perniagaan juga bersiap sedia untuk menambah pekerja bagi memenuhi 'ribuan' pengunjung yang akan berjalan di pusat membeli-belah sebelum pergi ke aktiviti F1 mereka.



Penolong Pengurus Kedai Cotton On di Suntec City, Cik Pei Qi sudah membuat rancangan mengambil lebih pekerja minggu ini.



"Kami akan membuat penyesuaian memandangkan sudah ada ramai pengunjung luar yang berada di sini sejak beberapa hari ini.



"Jadi, ia lebih baik mendapatkan lebih ramai pekerja untuk meningkatkan perkhidmatan kepada mereka yang datang nanti," katanya yang akan menjadualkan sekitar 10 pekerja minggu ini berbanding tujuh pekerja pada hari minggu biasa.



Namun, ada beberapa perniagaan menjangkakan perniagaan mereka akan terganggu dek penutupan jalan raya di sekitar litar F1 itu.



Pengawalan Kualiti restoran Sofra di Marina Square, Encik Guven Gultekin, berkongsi mereka terjejas sejak penutupan jalan raya itu.



"Hampir 70 peratus tempahan di restoran ini jatuh. Selalunya, kesibukan tengah hari boleh dilihat tetapi kami tidak nampak hari ini.



"Oleh itu, saya berharap pemerintah dapat membantu peniaga-peniaga yang terjejas akan datang," kata beliau.



Ini juga kali pertama Encik Guven menghadapi situasi itu kerana restoran Sofra baru berpindah ke pusat membeli belah itu hampir dua tahun lalu.



"Kemungkinan kami terpaksa mengurangkan tenaga kerja kami kerana permintaan tidak begitu baik.



"Walaupun kami lebih dekat dengan litar F1, saya tidak yakin perniagaan akan dapat peningkatan dengan ketara kerana demografik pengunjung lebih kepada warga asing yang ingin makanan dan minuman yang tidak halal," kata beliau.



Seorang pengurus, yang enggan namanya disiarkan kerana tidak diberi kuasa untuk bercakap bagi pihak kedainya itu di Marina Square, pula ingin membuat pendekatan 'lihat dan tunggu' sebelum membuat penyesuaian kerana kunjungan agak lembab beberapa hari ini.



"Sememangnya kunjungan akan lebih lembap pada hari biasa berbanding hari minggu. Tetapi kalau ingin dibandingkan dengan edisi sebelum ini, memang ramai akan berada di sini dan keuntungan boleh mencapai lebih 30 peratus juga.



"Namun, saya enggan membuat apa-apa dahulu kerana pandemik telah membuat ramai orang lebih berhati-hati, terutama akan adanya ramai pengunjung asing yang hadir nanti," kata wanita berusia 40-an itu.



Penganjur F1 mengumumkan bahawa edisi tahun ini akan mengatasi jumlah 268,000 pengunjung yang hadir pada 2019.



Di luar litar, hampir 90,000 peserta, termasuk dari luar negara dijangka menghadiri beberapa mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran berskala besar, termasuk pegawai pemerintah, syarikat besar dan pemimpin industri.



Malah, para pengunjung juga akan dapat menikmati pelbagai kegiatan yang disediakan di luar litar perlumbaan.



Ini termasuk acara Glamboyant 2022 di Kampong Gelam yang menyediakan bazar makanan serta pertunjukan seni tradisional dan pertandingan sukan ekstrem sempena minggu F1 ini.



Pengurus Kawasan, One Kampung Gelam (OKG), Encik Sudirman Muzaini berkata acara ini memberikan cara alternatif, holistik dan mesra keluarga bagi pengunjung untuk meraikan kepulangan F1 di Singapura.



"Musim F1 biasanya membawakan persembahan antarabangsa tetapi sebagai organisasi tempatan, kami rasa ia amat sesuai untuk mempamerkan pengamen dan artis tempatan kami juga," katanya.




“Tempat kami agak strategik kerana bersebelahan dengan kedai Williams Racing yang mempamerkan kereta serta barangan F1 mereka. Apatah lagi, dengan acara Piala Dunia juga bakal tiba, lebih ramai pengunjung asing akan pergi ke kedai kami nanti... Dengan adanya acara yang berprestij sebegini, tidak hairan akan mendapat lebih ramai kunjungan baik pengunjung tempatan mahupun asing kerana pelbagai kegiatan telah diatur untuk mereka minggu ini.”
- Pegawai kedai jualan jersi dan barangan bola sepak Premier Football, Encik Jin Fu.




“Kami akan membuat penyesuaian (menambah pekerja) memandangkan sudah ada ramai pengunjung luar yang berada di sini sejak beberapa hari ini. Jadi, ia lebih baik mendapatkan lebih ramai pekerja untuk meningkatkan perkhidmatan kepada mereka yang datang nanti.”
- Penolong Pengurus Kedai Cotton On di Suntec City, Cik Pei Qi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >