Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Peniaga estet kejiranan boleh manfaat program bagi diskaun sewa, latihan inovasi

HDB
Mar 01, 2023 | 05:30 AM



PENGENDALI perniagaan di estet kejiranan akan dapat memanfaatkan satu program 12 bulan yang menawarkan yuran sewa yang diberi diskaun dan kursus latihan untuk mendorong inovasi.



Di bawah Program Inovasi dan Transformasi Estet Kejiranan (HIT), pemerintah akan menubuh dan menyediakan ruang sementara di kawasan estet kejiranan matang.



Para usahawan boleh gunakan ruang-ruang ini untuk menguji idea baru.



Program perintisnya akan berlangsung di Pusat Bandar Ang Mo Kio dan lebih banyak butiran akan dikongsi tidak lama lagi.



Perusahaan estet kejiranan yang menyertai program ini akan meraih manfaat menerusi permentoran daripada usahawan yang berjaya, peluang menjalin rangkai kerjasama, kursus latihan dan mendapat ruang yang dimampui di lokasi sementara di Pusat Bandar Ang Mo Kio.



Mereka juga boleh mengakses ruang-ruang kedai Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang kosong menerusi Skim Usahawan Perluasan HDB, dengan diskaun kepada yuran sewa diberikan.



"Kami akan menawarkan peluang bagi pekedai estet kejiranan dan peniaga untuk mempelajari daripada latihan terbaik usahawan yang berjaya yang biasa atau mahir di estet kejiranan, persatuan peniaga dan masyarakat akar umbi," kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, di Parlimen pada Selasa.



Pemerintah juga akan meluaskan Program Fellowship Inovasi dan Perusahaan (IFP) untuk meliputi tiga rakan sektor awam - Kelompok Inovasi Pengilangan Bahan Tambahan Nasional, Pusat Pembangunan Ubat Ujian dan Hab Pembangunan Diagnostik.



Dilancarkan pada 2020, IFP merupakan sebuah program latihan selama 12 hingga 18 bulan yang diselenggara SGInnovate dan bertujuan membangunkan bakat setempat, atau fellow.



Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, berkata para profesional kerjaya pertengahan termasuk penyelidik, saintis dan jurutera yang dipilih selaku fellow akan dilatih menjadi selesa dengan kededua aspek teknologi serta perniagaan - dalam bidang seperti keselamatan siber, robotik dan sains bioperubatan.



Program ini telah mencapai keputusan sepanjang tiga tahun lalu dan mempunyai lebih 90 fellow dari sektor akademia dan industri yang menyertai IFP.



Ramai daripada mereka menyertai syarikat teknologi yang baru dimulakan dan memainkan peranan dalam bidang komersial teknologi selepas tamat pengajian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >