Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga F&B pastikan niaga tetap jalan

Sediakan pelan kontingensi sedang kes Covid-19 naik
Jan 31, 2022 | 05:30 AM



Singapura dijangka melihat "gelombang ketara" kes Covid-19 di sini sedang varian Omicron yang lebih mudah dijangkit menular dalam masyarakat. Menurut pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, Singapura kemungkinan akan menyaksikan sehingga 15,000 kes sehari jika keadaan semakin meruncing. Ini mungkin akan mengakibatkan lebih ramai pekerja yang tidak boleh hadir ke tempat kerja. BERITA HARIAN meninjau bagaimana perniagaan sedang membuat persiapan sekiranya berlakunya senario sedemikian.



KEBANYAKAN perniagaan makanan dan minuman telahpun mempunyai pelan kontingensi untuk memastikan perniagaan boleh berterusan meski lebih banyak kes Covid-19 dilaporkan.



Demikian menurut seorang jurucakap bagi Persatuan Restoran Singapura (RAS).



Ini termasuk memastikan pekerja bekerja secara syif dan tidak menghantar mereka bekerja merentasi pelbagai cawangan berbeza.



"Sebagai langkah berjaga-jaga, semua cawangan makanan dan minuman telah mematuhi peraturan ujian rutin secara tetap demi memastikan staf yang bekerja di barisan hadapan berada dalam keadaan baik dan selamat, tambah jurucakap RAS itu.



Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengeluarkan satu amaran kepada majikan agar melaksanakan pelan berterusan dan terus mematuhi langkah pengurusan selamat (SMM) untuk mengurangkan gangguan operasi.



Ini berikutan bilangan kes Omicron yang kian melonjak sepanjang minggu lalu.



Menurut kementerian itu, di negara lain yang telah melalui gelombang Omicron, bilangan kes yang tinggi dalam pasaran buruh telah menyebabkan gangguan terhadap operasi perniagaan.



"Jika pekerja yang terjejas mempunyai simptom ringan atau tiada simptom, protokol kesihatan masih memerlukan mereka untuk mengasingkan diri.



"Sedang bilangan jangkitan mungkin akan bertambah, kadar mereka yang tidak hadir ke kerja juga boleh naik dengan pantas," katanya lagi.



Beberapa kedai makanan dan minuman yang ditemubual Berita Harian berkata, mereka sedang membuat penyesuaian bagi persiapan sekiranya berlaku gelombang Omicron di sini.



Ada yang seperti pasangan, Cik Suhaizah Md Sukhaimi, 43 tahun, dan suaminya, Encik Raffi Mohammad, 47 tahun yang juga merupakan pemilik Laila's Kitchen, sudah bersedia untuk menyingsing lengan sekiranya berlakunya kekurangan pekerja.



Buat masa ini juga, pasangan itu telah pun mula untuk mengendalikan semua tempahan yang dibuat.



Ini lebih-lebih lagi selepas perniagaan mula merosot semasa penutupan Fasa Kedua yang mengakibatkan mereka terpaksa melepaskan beberapa pekerja.



"Pada awalnya, kedai kami sebenarnya merupakan kedai yang menjual makanan laut. Tetapi ekoran pandemik yang berlaku ini, kami mula memperkemas dan mempermudah menu kami.



"Dengan cara ini, ia lebih mudah diuruskan meski tidak cukup kakitangan," katanya, yang buat masa ini menguruskan kedai bersama suami dan bapa mentuanya.



Menurutnya, gerainya yang terletak di kedai kopi dekat Blk 138 Tampines Street 11 itu kini hanya membenarkan pelanggan duduk dua orang sahaja semeja dan bukan lima.



Lantaran itu, selain mengubah jenis makanan yang ditawarkan, pasangan itu juga memanfaatkan penghantaran dalam talian.



Hampir setiap hari, pasangan itu akan memasarkan makanan mereka, yang antara lain termasuk sate dan roti john secara agresif dalam talian.



"Cuma masalahnya, ada kalanya sesetengah platform tidak menawarkan pegawai penghantar, jadi kami terpaksa mencari pegawai penghantar kami sendiri, itu yang sukar sedikit," ujarnya.



Pemilik Power Thai BBQ, Encik Syed Muhammad Farit Syed Ahmad, 33 tahun yang mempunyai sekitar 16 pekerja secara keseluruhan daripada dua cawangannya di Simpang Bedok dan Blk 431 Yishun Avenue 1, berkata beliau akan lebih menitikberatkan soal langkah pengurusan selamat.



Daripada jarak antara tempat duduk pelanggan kepada memastikan tempat duduk dan meja disanitasi dengan betul, Encik Syed berkata ini semua akan diberikan tumpuan tambahan terutama sekali dengan bilangan kes Omicron bertambah.



"Kami bukan sahaja mahu memastikan keselesaan pelanggan tetapi juga keselamatan mereka," ujarnya.



Namun beliau berharap keadaannya tidak sampai ke tahap di mana makan di restoran tidak dibenarkan.



Ini kerana konsep makanannya yang bersifat mookata, atau menjual makanan barbeku dan hotpot versi Thailand, memerlukan pelanggan makan di restoran dan bukan di rumah.



"Semasa penutupan dulu, saya sendiri pernah keluar membuat penghantaran dan kami juga menyewakan alat membakar secara percuma kepada pelanggan untuk mereka masak di rumah.



"Ini sebenarnya menelan kos. Walaupun saya mengalami kerugian saya tetap perlu melakukannya demi menjalin hubungan dengan pelanggan," ujarnya.



Dalam kalangan pekerjanya juga, beliau akan memastikan pekerja sentiasa melakukan ujian pantas antigen (ART) untuk menjamin keselamatan mereka dan pelanggan



"Sekiranya keadaan Omicron semakin meruncing dan terpaksa juga ditiadakan makan di luar, saya berharap bantuan akan dapat diberikan kepada syarikat ke`cil dan sederhana seperti kami yang baru sahaja ingin bangkit daripada kerugian lalu.



"Tetapi saya berharap kini dengan lebih ramai sudah divaksinasi, moga-moga langkah ini tidak diambil," katanya lagi.



 



Pada awalnya, kedai kami sebenarnya merupakan kedai yang menjual makanan laut. Tetapi ekoran pandemik yang berlaku ini, kami mula memperkemas dan mempermudah menu kami.



Dengan cara ini, ia lebih mudah diuruskan meski tidak cukup kakitangan.



Cuma masalahnya, ada kalanya sesetengah platform tidak menawarkan pegawai penghantar, jadi kami terpaksa mencari pegawai penghantar kami sendiri, itu yang sukar sedikit.
- Cik Suhaizah Md Sukhaimi, pemilik Laila's Kitchen.



Sekiranya keadaan Omicron semakin meruncing dan terpaksa juga ditiadakan makan di luar, saya berharap bantuan akan dapat diberikan kepada syarikat kecil dan sederhana seperti kami yang baru sahaja ingin bangkit daripada kerugian lalu.



Tetapi saya berharap kini dengan lebih ramai sudah divaksinasi, moga-moga langkah ini tidak diambil.
- Pemilik Power Thai BBQ, Encik Syed Muhammad Farit Syed Ahmad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >