Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga giat 'bersiap' jelang Tg Katong Complex tutup, jalani peningkatan

Apr 25, 2023 | 05:30 AM



BILANGAN pengunjung ke Tanjong Katong Complex (TKC) berkurangan secara mendadak pada hari-hari awal Syawal dengan ramai penyewa menunggu tempoh pajakan mereka tamat.



Tinjauan Berita Harian (BH) mendapati beberapa peniaga yang tidak mempunyai ruang alternatif pula terus mencari ruang baru untuk meneruskan perniagaan mereka.



Sementara itu, beberapa kedai yang lebih dikenali masyarakat Melayu/Islam, termasuk yang menjual permaidani, busana pakaian dan juga penyedia perkhidmatan perkahwinan berkata mereka telah membuat persiapan menjelang tamat tempoh pajakan.



2023 merupakan Ramadan dan Hari Raya terakhir bagi TKC sebelum pusat beli-belah ikonik di Geylang Road itu menutup pintunya selama tiga tahun bagi kerja naik taraf yang akan bermula dari Ogos 2023 dan dijangka berakhir menjelang Julai 2026.



Sejak pengumuman tersebut dibuat, kebanyakan penyewa kedai telah melanjutkan sewa enam bulan sehingga akhir Jun 2023.



Bulan lalu, menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), SLA berkata sehingga 15 Mac 2023, 8.5 peratus daripada 106 penyewa kedai di kompleks beli-belah di Joo Chiat Road itu telah pun keluar selepas memutuskan tidak menerima tawaran melanjutkan tempoh sewa selama enam bulan atau telah menamatkan sewa mereka sebelum habis kontrak.



Antara mereka ialah pemilik kedai permaidani, Fotohi Carpet Gallery, Encik Reza Fotohi.



Ketika dihubungi BH, Encik Reza berkata beliau sudah mula mengadakan persiapan dan kini sedang berunding untuk mendapatkan ruang kedai yang berdekatan di TKC.



"Sejak pengumuman tahun lalu, kami sudah membuat persiapan untuk mencari tempat alternatif untuk teruskan perniagaan.



"Disebabkan kami mempunyai ramai pelanggan yang sering datang ke sini untuk membeli permaidani, ia hanya wajar untuk kami mencari tempat yang baru di sini sementara kerja ubah suai ini dijalankan," jelas Encik Reza yang sudah berniaga di TKC sejak 2000.



Menurutnya, beliau merancang untuk mengadakan jualan promosi dengan diskaun sehingga 50 peratus untuk menghabiskan stok minggu hadapan, sebelum berpindah ke kedai baru pada hujung Jun.



Mengulas tentang masa depan ruang anjuran majlis walimah - Orange Ballroom dan The Istana Ballroom - pula, Encik Osman Ariffin, perunding bagi Istana & Orange Ballroom, berkata pasukannya kini sudah memantau beberapa tempat lain untuk meneruskan khidmat mereka.



Namun sementara ini mereka akan meneruskan perkhidmatannya kepada pelanggan seperti biasa hingga 25 Jun.



"Mulai hujung minggu ini, tempahan untuk majlis di ruang kami sudah pun penuh," kata Encik Osman.



"Sebelum kami beralih kepada ruang baru, kami akan terus menawarkan khidmat yang terbaik.



"Memang sedih untuk beralih ke tempat lain tetapi saya harap orang ramai dapat memberi sambutan yang sama bagi tempat yang baru dalam masa akan datang," tambah beliau.



Seperti tahun-tahun sebelum ini, The Istana Ballroom di TKC mengadakan jualan Istana Kuih, di mana orang ramai boleh memilih dan mendapatkan hingga 500 jenis kuih, kek dan makanan.



Menurut Encik Osman, tahun ini, penjualan mereka meningkat 30 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >