Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga kek muda harap inisiatif dapat galak belia ambil 'langkah pertama'

Dec 12, 2022 | 05:30 AM



PENGASAS Sinful Cakes, Encik Muhammad Raimy Ismail, hanya berusia 19 tahun apabila memulakan perniagaannya sekitar sedekad lalu, menjual pastri Perancis macaron dari dapur ibunya.



Bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan itu, Encik Raimy, kini 29 tahun, membuka kedainya sendiri yang sekarang terletak di pusat beli-belah City Gate Mall di Beach Road.



Kedai itu menjual pelbagai macam kek, biskut dan roti, selain macaron, yang menjadi keistimewaannya.



Perjalanan sebagai usahawan memerlukan Encik Raimy untuk menyesuaikan diri dan belajar secara berterusan setiap kali timbul cabaran yang baru.



"Apabila beralih ke kedai fizikal, kami menghadapi lebih banyak cabaran, dari segi mendapatkan lesen dan memastikan semuanya mengikut peraturan.



"Pelbagai cabaran lain pula termasuk keperluan mendekati pelanggan baru dan menghadapi kesan daripada pandemik. Memang ia satu perjalanan yang sukar dan memerlukan pembelajaran secara berterusan setiap kali masalah baru timbul," ujar Encik Raimy.



Beliau merupakan antara 100 usahawan belia yang mengongsi pengalaman mereka dengan belia lain menerusi inisiatif Sandbox Somerset anjuran syarikat Invade dengan kerjasama Pejabat Kawasan Somerset di bawah Majlis Kebangsaan Belia (NYC).



Encik Raimy mula belajar membuat kuih di rumah dengan membantu ibunya membuat kuih tart semasa Hari Raya.



Semasa beliau menuntut di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa), beliau membuat kuih dan menjualnya kepada rakan sekolahnya, dengan wang yang diraih itu membantu untuk membiayai perbelanjaan sekolah.



Beliau dikenali dengan rekaan macaron berperisa kuih tradisional Melayu seperti onde-onde dan kuih tart.



"Saya meraih inspirasi daripada apa yang berada di sekeliling saya, lebih- lebih lagi daripada budaya saya sendiri sebagai orang Melayu/Islam.



"Saya cuba menggabungkan perisa dan kaedah bukan konvensional kepada rekaan saya dan menggalakkan kakitangan saya juga berbuat demikian," ujar Encik Raimy, yang belum berumah tangga.



Mengimbas permulaan perjalanannya sebagai usahawan, Encik Raimy berkata: "Kalaulah saya tahu betapa sukarnya jadi usahawan, dan masa bersama keluarga dan teman yang perlu dikorbankan. Tetapi saya sentiasa berasa pengorbanan ini akan akhirnya mendatangkan hasil juga."



Beliau menganggap inisiatif Sandbox Somerset sebagai peluang yang baik untuk bertemu dengan usahawan lain, dan berkongsi pengalaman dengan usahawan yang baru.



"Saya berharap inisiatif ini dapat menggalakkan anak muda untuk mengambil langkah pertama dan mengejar apa sahaja yang mereka inginkan.



"Langkah pertama itu selalu yang paling menyeramkan," kata Encik Raimy.



Beliau juga kagum dengan anak muda hari ini yang kreatif mencari cara untuk mempromosikan produk mereka.



"Memang benar jadi usahawan itu amat sukar sekali, tetapi sokongan daripada kawan rapat, keluarga dan pelanggan sendiri boleh mendorong anda sebagai usahawan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi," ujarnya lagi.




ANGGAP INISIATIF SANDBOX SOMERSET PELUANG BAIK BERTEMU, KONGSI PENGALAMAN



"Saya berharap inisiatif ini dapat menggalakkan anak muda untuk mengambil langkah pertama dan mengejar apa sahaja yang mereka inginkan...



Memang benar jadi usahawan itu amat sukar sekali, tetapi sokongan daripada kawan rapat, keluarga dan pelanggan sendiri boleh mendorong anda sebagai usahawan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi."



- Encik Muhammad Raimy Ismail, 29 tahun, membuka kedainya sendiri yang sekarang terletak di pusat beli-belah City Gate Mall di Beach Road.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >