SEORANG ahli perniagaan Myanmar yang mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang jurutera, mengupah dua lelaki menculik saingannya dengan tujuan membunuh, mahkamah daerah diberitahu semalam.
Namun, dalang penculikan tersebut, Aung Aung, yang juga dikenali sebagai Win Kyaw Kyaw Aung, 33 tahun, seorang penduduk tetap (PR) Singapura, telah meninggalkan Republik ini.