Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

USAHA PULIHARA ALAM SEKITAR

Penilaian kesan ke atas sekitaran libat 122 hektar di Bukit Batok

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



SATU penilaian kesan sekitaran merangkumi 122 hektar kawasan hutan meliputi Koridor Alam Semula Jadi Bukit Batok, akan bermula akhir tahun ini.



Hasil penilaian itu akan menjadi garis panduan bagi membangun dua taman semula jadi baru yang merangkumi sebahagian daripada koridor itu, kata Encik Ryan Lee, pengarah kumpulan Pusat Biodiversiti Nasional, Lembaga Taman Negara (NParks).



Yang pertama, Taman Alam Semula Jadi Bukit Batok Hillside dijangka dibuka pada 2024, manakala yang kedua, Taman Alam Semula Jadi Bukit Batok Central buat masa ini belum mempunyai tarikh pelancaran lagi.



Meski kedua-dua taman hanya merangkumi 24.5 hektar, atau sekitar seperlima kawasan yang dikaji, Encik Lee berkata, mengkaji kawasan menghijau yang meluas melebihi kedua-dua taman itu, akan menawarkan NParks dengan pemahaman lebih menyeluruh dan lengkap mengenai hubungan ekologi di koridor tersebut.



Diumumkan Disember tahun lalu, Koridor Alam Semula Jadi Bukit Batok bertindak sebagai lebuh raya bagi haiwan di antara kawasan Tadahan Air Bahagian Tengah dengan Koridor Hutan Tengah yang akan datang.



Ia merangkumi lebih 125 hektar taman alam semula jadi dan laluan perjalanan sejauh 10 kilometer.



Encik Lee berkata, ini merupakan kali pertama NParks akan melibatkan beberapa kawasan menghijau dan taman masa depan bagi penilaian kesan sekitaran sejajar dengan usaha untuk mengurangkan pemecahan habitat di Singapura.



Oleh itu, pada Julai lalu, NParks mengumumkan bahawa latihan pemprofilan ekologi sedang dijalankan.



Ia akan menggariskan peta laluan antara tapak hutan hidupan liar. Ini sekali gus memberikan perancang untuk mengambil kira ketersambungan ekologi di tengah-tengah pembangunan masa depan.



Encik Lee berkata, berdasarkan dapatan tersebut, kajian sekitaran masa depan dijangka akan menimbangkan ketersambungan ekologi di tapak pembangunan dengan habitat lain yang bersebelahan.



Kerja-kerja peningkatan di kedua-dua taman koridor alam itu akan merangkumi pemulihan habitat dan kerja-kerja lain yang akan membantu mempertingkat ketersambungan ekologi, tambahnya.



Turut bakal diperkenal di koridor alam semula jadi itu termasuk jambatan pejalan kaki baru yang akan menghubungkan bekas Balai Bomba Bukit Timah dan Taman Alam Semula Jadi Bukit Batok.



Menurut pakar pemuliharaan, Dr Ho Hua Chew, kajian sekitaran yang dijalankan di Singapura sering kali memberi tumpuan terhadap tapak tertentu.



Pendekatan kajian itu yang mengambil kira kesan ke atas tapak kejiranan berdekatan juga konsisten dengan sains ekologi baru, katanya.



Beliau menambah, kajian itu tepat pada masanya kerana terdapat keperluan mendesak untuk menjalin ketersambungan bagi hidupan liar antara kawasan menghijau yang terasing dalam perkarangan koridor alam semula jadi itu.



Meski hidupan liar seperti burung boleh terbang dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan mudah, haiwan di darat seperti reptilia dan amfibia, mungkin mendapati pergerakan mereka antara kawasan perhutanan terhalang dengan jalan raya dan pembangunan, kata Dr Ho.



Dengan mendekatkan diri dengan Hutan Simpanan Bukit Timah, kawasan menghijau di koridor itu boleh menjadi tempat mencari makanan atau rumah bagi hidupan liar, yang mengharapkan hutan daripada taman itu, kata Dr Ho sambil menambah bahawa taman itu mungkin telah melebihi keupayaannya untuk menampung hidupan liar.



Ini merujuk kepada bilangan maksimum spesis yang boleh ditampung sesebuah kawasan tanpa menyebabkan pencemaran pada sekitaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >