Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penipuan baru ejen rumah palsu minta duit untuk lihat rumah

Sekurang-kurangnya 144 jadi mangsa, hilang $190,000: Polis
Mar 22, 2022 | 05:30 AM



SATU lagi jenis penipuan telah timbul, di mana penjenayah berpura-pura menjadi ejen hartanah dan meminta mangsa membayar wang bagi mendapatkan janji temu melihat hartanah.



Polis berkata semalam terdapat sekurang-kurangnya 144 mangsa sejauh ini, dengan kerugian hingga $190,000.



Dalam penipuan ini, senarai hartanah palsu diletak di laman web. Setelah mengklik iklan tersebut, mangsa akan menerima mesej WhatsApp daripada nombor tidak dikenali bermula dengan '+65'.



Penipu akan berhubungan dengan mangsa menggunakan foto, nama dan nombor lesen ejen hartanah sah. Maklumat sedemikian boleh didapati di laman web hartanah sewa, sekali gus memperdaya mangsa hingga percaya bahawa mereka sedang berurusan dengan ejen hartanah sah.



Mangsa yang berminat melihat hartanah itu kemudian akan diminta membayar cengkeram yang akan dipulangkan bagi mendapatkan janji temu.



Dalam satu contoh yang diberikan kepada polis, penipu meminta mangsa wang sebanyak $300 untuk menjadualkan masa bagi melihat bilik tidur utama.



Penipu akan memberi nombor akaun bank atau nombor telefon agar mangsa boleh memindahkan wang. Mangsa sedar mereka ditipu hanya setelah penipu itu berhenti berhubungan dengan mereka.



Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan senarai hartanah di wadah alternatif dan mengesahkan kesahihan senarai itu.



Ini boleh dilakukan dengan memastikan nombor telefon agensi estet tersebut sepadan dengan yang didapati di laman web Majlis bagi Agensi Hartanah (estate).



Orang ramai juga harus berhati-hat mengenai nombor yang bermula dengan awalan '+65', lebih-lebih lagi di WhatsApp.



Awalan '+65' dilaksanakan oleh syarikat telekomunikasi pada April 2020 untuk memaklumkan orang ramai bahawa mereka sedang dihubungi dari luar negara, yang merupakan sebahagian daripada usaha antipenipuan yang lebih luas.



Orang ramai tidak harus menjawab panggilan sedemikian sekiranya tidak menjangka panggilan dari luar negara.



Ejen hartanah juga tidak diberi kuasa menangani urus niaga tunai. Oleh itu tidak seharusnya ada pemindahan wang sebelum melihat rumah.



Akhir sekali, orang ramai secara umumnya tidak harus menghantar wang kepada orang tidak dikenali.



Mereka yang ingin memberi maklumat berkaitan penipuan sedemikian boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau memberinya dalam talian. Bagi nasihat berkaitan penipuan, mereka boleh menghubungi 1800-722-6688.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >