Penipuan e-dagang: Dua remaja ditangkap
Mar 16, 2020 | 05:30 AM
DUA remaja ditangkap kerana didakwa terlibat dalam kes penipuan e-dagang membabitkan penjualan pelitup muka dan tiket Universal Studios Singapore (USS) di laman Carousell.
Mangsa terbabit kehilangan lebih $9,800 dalam kes penipuan itu.