Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penipuan pancing data bakal dibincang di Parlimen

Feb 12, 2022 | 05:30 AM



PENIPUAN memancing data baru-baru ini yang menjejas ratusan pelanggan OCBC akan dibincangkan apabila Parlimen bersidang lusa, dengan ramai Anggota Parlimen (AP) memfailkan soalan tentang perkara tersebut.



Selain itu, bacaan kali kedua Rang Undang-Undang pindaan Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) juga dijangka dibuat semasa persidangan itu.



Cik Tin Pei Ling (MacPherson) bertanya tentang langkah-langkah untuk membantu mangsa yang kehilangan simpanan hidup mereka melalui penipuan pancingan data dan sama ada akan terdapat semakan mengenai penggunaan kata laluan sekali sahaja untuk transaksi perbankan.



Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) adalah antara mereka yang meminta kemas kini tentang semakan rangka kerja liabiliti ke atas transaksi penipuan.



Beliau juga bertanya sama ada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan mempertimbangkan untuk menghendaki bank mempunyai talian 24 jam khusus untuk segera bertindak terhadap aktiviti penipuan.



Isu lain dalam agenda termasuk Perjanjian Rantau Maklumat Penerbangan (FIR) antara Singapura dan Indonesia, dengan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh (GRC Aljunied), mengemukakan soalan mengenai status FIR sekiranya kedua-dua pemerintah gagal mencapai persetujuan baru selepas 25 tahun.



Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, dijadual menyampaikan kenyataan menteri mengenai perkara itu.



Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar) mengemukakan soalan berhubung kematian adik-beradik kembar berusia 11 tahun baru-baru ini di Upper Bukit Timah, dan bertanya apakah pengajaran yang boleh dipelajari mengenai perlindungan kanak-kanak berkeperluan khas, serta sokongan untuk pengasuh.



Dr Shahira Abdullah (AP Dilantik) pula mengemukakan soalan tentang sama ada Kementerian Kesihatan akan mempertimbang untuk melaksanakan beberapa langkah keselamatan siber yang diumumkan baru-baru ini oleh MAS dan Persatuan Bank-bank Singapura bagi sektor kesihatan seperti memansuhkan pautan yang boleh diklik dalam e-mel atau SMS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >