Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penipuan pancingan data baru guna aplikasi ScamShield palsu

May 18, 2023 | 05:30 AM



SATU varian penipuan pancingan data baru telah muncul, melibatkan sebuah aplikasi ScamShield palsu yang memasang perisian hasad, atau 'malware', pada peranti bimbit mangsa.



Polis menasihati orang awam agar tidak memuat turun sebarang aplikasi yang mencurigakan kerana aplikasi tersebut boleh mengandungi perisian hasad yang boleh digunakan penipu untuk mengawal peranti mangsa.



Dalam penipuan ini, orang awam yang mempunyai telefon bimbit Android akan menghubungi penipu melalui aplikasi Whatsapp untuk membeli makanan yang diiklankan dalam platform media sosial seperti Facebook pada peranti bimbit Android mereka.



Kemudian, penipu akan menghantar pautan kepada mangsa untuk memuat turun aplikasi bagi membayar untuk makanan tersebut.



Selepas itu, transaksi tanpa izin akan dilakukan daripada akaun bank mangsa atau kad kredit mereka.



Penipu kemudian akan menyamar sebagai pegawai bank yang sedang membuat tindakan susulan bagi transaksi tersebut.



Menurut polis, penipu tersebut akan mencadangkan agar mangsa memuat turun aplikasi ScamShield palsu yang mempunyai logo ScamShield melalui sebuah pautan sebagai satu perlindungan untuk mangsa dan membuat laporan dalam aplikasi tersebut.



Penipu juga akan menekankan kepada mangsa supaya memuat turun aplikasi melalui pautan yang dihantar dan bukan Google Play Store.



Menurut Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC), aplikasi ScamShield boleh menapis SMS dan panggilan daripada penipu.



Nombor-nombor ini akan disekat oleh ScamShield sekiranya ia pernah digunakan dalam penipuan lain.



Polis tidak mendedahkan jumlah mangsa bagi varian penipuan baru ini.



Varian ini baru dikenal pasti dan polis mengingatkan orang awam tentang bahaya memuat turun aplikasi daripada laman pihak ketiga pada telefon bimbit, komputer dan peranti lain.



Antara Mac dan pertengahan April 2023, sekurang-kurangnya 113 pengguna telefon bimbit Android menjadi mangsa pencurian butiran perbankan mereka dalam penipuan pancingan data dengan kerugian sekurang-kurangnya $445,000.



Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melungsuri laman web Amaran Penipuan (www.scamalert.sg) atau menghubungi Talian Antipenipuan di 1800-722-6688.



Mereka yang mempunyai keraguan atau maklumat tentang jenayah seperti ini boleh menghubungi talian polis di 1800-255-0000 atau menghantarnya secara dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness.



Pengguna peranti bimbit juga boleh ketahui lebih lanjut tentang perlindungan diri terhadap perisian hasad di https://www.csa.gov.sg/alerts-advisories/Advisories/2021/ad-2021-008.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >