Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjaja gerai tanpa subsidi boleh beri gerai kepada bukan saudara

Nov 25, 2020 | 05:30 AM



PEMILIK gerai penjaja tanpa subsidi yang ingin bersara akan boleh menyerahkan gerai mereka kepada orang bukan saudara mereka, di bawah skim peralihan penjaja baru yang disarankan sebuah kumpulan kerja yang dibentuk bagi melindungi budaya penjaja di Singapura.



Ia skim pertama yang bertujuan memadankan penjaja baru dengan yang lebih lama bagi peralihan, ujar Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) semalam, sekali gus menangani secara langsung masalah yang industri itu hadapi sekian lama.



Usia median nasional bagi penjaja sekarang 59 tahun, dengan penjaja lama mendapati sukar menarik pelapis baru kerana, antara sebab lain, peraturan ketat sebelum ini yang menyatakan bahawa sebahagian daripada mereka hanya boleh menyerahkan gerai mereka kepada saudara dan anggota keluarga.



Di bawah skim baru yang akan dirintis dalam suku pertama tahun depan, NEA, dengan nasihat sebuah panel bebas, akan memadankan penjaja yang akan bersara itu dengan mereka yang baru menceburi industri itu supaya resipi dan kemahiran kulinari boleh diturunkan, sambil membolehkan penjaja lama membimbing penjaja baru cara terbaik mengurus gerai mereka.



Rancangannya sekarang ialah supaya skim peralihan itu membantu mereka yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 15 tahun mengendalikan perniagaan penjaja mereka di pusat penjaja.



Sekarang terdapat sekitar 900 pemilik gerai makanan masak begitu, dengan dua pertiga daripada mereka pemilik gerai tanpa subsidi.



"Penjaja veteran yang akan menyertai skim tersebut kemungkinannya adalah bahagian kecil kumpulan ini," kata NEA.



Kumpulan kerja seramai 19 anggota itu dibentuk pada April 2019 dan terdiri kebanyakannya daripada penjaja.



Ia dipengerusikan bersama oleh Encik Edward Chia, Anggota Parlimen (AP) GRC Holland-Bukit Timah yang juga pengarah urusan Timbre Group, dan Encik Lim Gek Meng, pengerusi Persatuan Penjaja Chinatown Compex yang juga bekas naib presiden Persekutuan Persatuan Pedagang.



Sehingga perubahan itu, hanya pemilik gerai dengan sewa yang diberi subsidi - mereka yang dipindahkan dari jalanan pada awal 1970-an atau diperuntukkan gerai di bawah skim kesukaran pemerintah sebelum ini - dibenarkan memberikan gerai mereka kepada orang bukan saudara.



Saranan lain kumpulan kerja itu akan dikaji semula dan dilaksana oleh NEA, dengan lebih perincian akan diumumkan tahun depan.



Memberi respons kepada saranan itu, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, merujuk kepada pencalonan budaya penjaja Singapura bagi senarai Unesco bagi Warisan Budaya Bagi Kemanusiaan Tidak Ketara.



Beliau berkata laporan kumpulan kerja itu "tepat pada waktunya" dan membantu menangani cabaran utama yang dihadapi dalam perniagaan penjaja.



"Tujuannya ialah memudahkan penyampaian resipi, kemahiran dan amalan yang mungkin akan hilang sekiranya orang veteran keluar daripada bidang itu tanpa seorang pengganti," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >