Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara, rotan kerana cabul anak

Sep 25, 2019 | 05:44 PM



SEORANG lelaki yang mencabul kehormatan anak perempuannya berusia 12 tahun empat kali pada 2015 dan 2016, telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun lapan bulan pada Rabu (25 September).



Lelaki 40 tahun itu juga dihukum rotan sembilan kali.



Namanya tidak boleh didedahkan bagi melindungi identiti gadis itu.



Semasa perbicaraannya, mahkamah diberitahu bahawa lelaki itu pertama kali mencabul anaknya di flat mereka di bahagian timur Singapura pada 13 September 2015.



Gadis itu kemudian memberitahu ibunya dan wanita itu bersemuka dengan suaminya pada hari berikutnya.



Lelaki tersebut menangis dan memohon maaf atas kelakuannya tetapi mengulangi perbuatannya sebanyak tiga kali lagi pada 2016, ketika anaknya berumur 13 tahun.



Mahkamah diberitahu bahawa nenek budak itu mendapat tahu mengenainya dan  membuat laporan polis.



Polis kemudian menangkap lelaki itu di flatnya dan membawanya ke Divisyen Polis Bedok.



Lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin $20,000 dan perlu hadir di mahkamah pada 1 November untuk menghadapi hukumannya.



Atas setiap kesalahan mencabul kehormatan anaknya, dia boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda atau dirotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >