Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjawat awam diberi bonus pertengahan tahun 0.3 bulan

Jun 19, 2023 | 07:44 PM



Semua kakitangan perkhidmatan awam akan menerima bonus pertengahan tahun atau komponen gaji berubah-ubah tahunan (AVC) sebanyak 0.3 bulan.

Penjawat awam dalam gred bersamaan dengan MX13(I) dan MX14 akan menerima bayaran satu kali tambahan sebanyak $200 manakala mereka dalam gred bersamaan MX15 dan MX16, dan mereka dalam Skim Sokongan Operasi (OSS) Gred III dan IV, akan menerima bayaran satu kali tambahan sebanyak $400.

Demikian diumumkan Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) dalam satu kenyataan pada Isnin.

PSD berkata bonus itu susulan runding rapat dengan kesatuan sektor awam dan mengambil kira prospek ekonomi yang lemah serta risiko ketara yang kekal dalam ekonomi sejagat.

Ia menambah ekonomi Singapura tumbuh 0.4 peratus berdasarkan tahun ke tahun pada suku pertama 2023, iaitu lebih sederhana berbanding 2.1 peratus pada suku sebelumnya.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) telah mengekalkan ramalan pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dalam lingkungan 0.5 peratus hingga 2.5 peratus untuk 2023, dengan pertumbuhan mungkin dicatatkan pada tempoh pertengahan julat ramalan.

Pasaran buruh pula terus berkembang pada suku pertama 2023, walaupun pada kadar lebih sederhana berbanding suku sebelumnya.

Jumlah pengambilan kerja berkembang untuk suku keenam berturut-turut, dan kadar pengangguran kekal rendah, jelas kenyataan itu.

Setiausaha Agung Gabungan Kesatuan Pekerja Awam (AUPE), Encik Sanjeev Kumar Tiwari, berkata kesatuan itu menghargai keputusan pemerintah yang bersetuju untuk membayar penjawat awam AVC 0.3 bulan.

“Ini akan membantu mereka dengan beberapa kos sara hidup yang semakin meningkat. Kami akan terus memantau keadaan ekonomi, dan mengharapkan hasil yang lebih baik pada akhir tahun.

“Kami akan terus bekerjasama dengan pemerintah untuk memberikan pengiktirafan lebih besar kepada pegawai kami,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >