Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjual akhbar berusia 70 tahun terkorban dalam kemalangan, pemandu bas diberkas

Feb 21, 2019 | 08:14 PM



SETIAP hari sebelum matahari terbit, Encik Oh Swee Hai akan menunggang motosikalnya di kawasan Shunfu untuk menghantar suratkhabar. 



Beliau telah bertugas sedemikian selama 50 tahun. 



Malangnya, pagi tadi merupakan kali terakhir beliau melakukan tugas tersebut. Encik Oh, 70 tahun, terkorban dalam satu kemalangan yang melibatkan bas dan lori dalam perjalanan pulang. 



Menurut pihak polis, mereka diberitahu mengenai kemalangan tersebut yang berlaku di Ang Mo Kio Avenue 1, menuju Upper Thomson Road, pada 6 pagi. 



Penunggang motosikal yang terlibat, Encik Oh, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik. 



Pihak polis telah memberkas pemandu bas, 46 tahun, kerana menyebabkan kematian disebabkan tindakan cuai. Pemandu bas tersebut bekerja untuk SBS Transit. 



Menurut naib presiden kanan perhubungan korporat SBS Transit, Cik Tammy Tan, saksi menyatakan bahawa penunggang motosikal itu terlibat dengan kemalangan lain sebelum itu dan terbaring di jalan raya apabila bas tersebut menghampiri. 



“Malangnya, kapten bas kami tidak sempat mengelaknya,” kata Cik Tan. 



Tambahnya: “Kami sedih dengan apa yang terjadi dan kini sedang berusaha untuk menghubungi keluarganya untuk membantu mereka melalui masa yang sukar ini.” 



Sebelum ini, Encik Oh pernah bekerja untuk Singapore Press Holdings dan menghantar surat khabar. 



Beliau bersara pada 2013, namun masih membantu adiknya, seorang penjual surat khabar yang berdaftar dengan SPH. 



Naib presiden jabatan pengedaran di SPH, Encik Chua Wee Phong, menyampaikan ucapan takziah SPH kepada anggota keluarganya. 



“Kami sedih mendengar tentang kemalangan yang meragut nyawa penjual akhbar kami, Encik Oh Swee Hai, yang telah berkhidmat 50 tahun mengedar akhbar kepada pembaca kami,” katanya. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >