TIGA telko tempatan - Singtel, M1 dan StarHub - telah menggantung penjualan peranti Galaxy Note 7 menyusuli pengumuman Samsung menarik balik produk itu setelah terdapat aduan telefon itu terbakar semasa dicas.
Samsung semalam mengumumkan ia akan menarik balik semua peranti telefon Galaxy Note 7 yang terbaru di serata dunia setelah 35 peranti itu didapati terbakar ketika sedang dicas.