Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pensyarah dituduh ambil video 'upskirt' dalam bilik darjah

Nov 28, 2019 | 05:39 PM



SEORANG pensyarah dituduh mengambil video 'upskirt' seorang wanita di tempat kerja lamanya awal tahun ini.

Lelaki berusia 39 tahun itu dihadapkan ke mahkamah hari ini (Khamis, 28 Nov) dan dikenakan satu tuduhan menghina maruah seorang wanita.

Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa lelaki itu dituduh menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam video itu di dalam bilik darjah pada sekitar tengah hari pada 6 Mac 2019.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan apakah wanita tersebut merupakan pelajar atau kakitangan institusi pendidikan posmenengah itu semasa kejadian tersebut.

Lelaki itu, yang tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti wanita tersebut, tidak lagi bekerja di situ.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin $2,000 dan akan kembali ke mahkamah pada 26 Disember nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >