Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penting ada Presiden faham peranan rizab negara, lindung salah guna: Kok Song

Aug 07, 2023 | 07:25 PM



Amat penting untuk mempunyai seorang Presiden yang memahami kepentingan rizab negara dan mempunyai pengalaman bertahun-tahun bekerja di Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC), kata mantan ketua pegawai pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song, yang berhasrat bertanding dalam pilihan raya presiden.

Seorang Presiden bertanggungjawab diperlukan untuk memastikan rizab yang dikumpul menerusi tiga generasi lalu tidak musnah atau disalah guna, tambah Encik Ng semasa lawatannya ke Persekutuan Persatuan Suku Cina Singapura (SFCCA) pada Isnin.

“Peranan Presiden sangat penting untuk menjaga rizab kita. Itulah sebabnya saya ingin bertanding untuk menjadi Presiden.

“Saya telah bekerja selama 30 tahun di GIC, membantu membina rizab kita, membantu membina GIC. Jadi saya mahu bertanding sebagai Presiden supaya saya boleh memainkan peranan penting dalam menjaga rizab kita,” kata Encik Ng.

Beliau juga mengingatkan rakyat Singapura bahawa pemerintah, bersama generasi pertama dan kedua warga Singapura, telah bekerja keras bertahun-tahun untuk membina rizab dan ekonomi, lantas dapat “menyediakan pekerjaan yang baik untuk rakyat”.

“Tahun demi tahun, Singapura menjadi semakin makmur dan apabila kita menjadi lebih makmur, apabila ekonomi kita berkembang, hasil pemerintah meningkat, hasil cukai meningkat.

“Pemerintah tetap berhati-hati dengan perbelanjaan kita. Dan akibatnya, kita dapat mempunyai lebihan belanjawan. Dan lebihan itulah yang menjadi rizab kita,” kata Encik Ng.

Walaupun terdapat lebihan rizab yang terkumpul selama bertahun-tahun, Encik Ng akur bahawa pemerintah tidak dapat menyumbang atau menyimpan sebanyak seperti tahun-tahun lalu kerana harus menyediakan lebih banyak sokongan bagi rakyat, seperti dalam penjagaan kesihatan, pendidikan, perumahan dan mengurangkan kos sara hidup.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan bahawa ekonomi Singapura, seperti negara lain, juga terjejas oleh isu geopolitik seperti perang di Ukraine.

Oleh itu, amat penting bagi generasi kini dan masa depan tidak mensia-siakan rizab terhad yang dimiliki Singapura, katanya.

“Rizab terkumpul adalah kepentingan strategik kepada Singapura sebagai sebahagian daripada pertahanan kewangan negara semasa perang dan untuk kegunaan kecemasan semasa masa sukar seperti pandemik, apabila pemerintah terpaksa menggunakan rizab masa lalu untuk mengurangkan kelemahan ekonomi bagi menyelamatkan pekerjaan.

“Kita tidak mahu ia disalah guna. Kerana jika itu berlaku, maka kita kehilangan pertahanan kewangan kita, kita kehilangan jaminan kewangan kita.

“Malah, Tabung Simpanan Pekerja (CPF) kita akan terjejas. Jika rizab kita berkurangan, kita tidak dapat memperoleh keuntungan tinggi,” ujar Encik Ng.

Semasa lawatannya ke SFCCA, Encik Ng disertai tunangnya, Cik Sybil Lau, yang menghadiahkan sebuah kaligrafi kepada pertubuhan itu.

Berkongsi makna di sebalik kaligrafi itu, Encik Ng berkata kaligrafi itu menggambarkan “semua sungai mengalir ke lautan yang sama”, menandakan semua kaum di Singapura, walaupun datang daripada pelbagai latar belakang, tetap bersatu sebagai satu Singapura.

“Tidak kira suku kita, kita tergolong dalam satu persekutuan. Tidak kira bangsa, kita tergolong dalam satu negara,” kata Encik Ng sebagai peringatan tentang pentingnya semua kaum bersatu padu bagi kemakmuran negara




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >