Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penting buang ubat dengan betul supaya elak bahaya: NUH

Apr 03, 2023 | 05:30 AM



MEMBUANG ubat secara betul adalah penting bagi mengurangkan kemungkinan timbul bahaya kepada diri sendiri atau orang lain hasil pengambilan yang tidak sengaja atau penyalahgunaan yang disengajakan.



Ini dijelaskan Ahli Farmasi Klinikal Utama daripada Bahagian Farmasi Onkologi, Hospital Universiti Nasional (NUH), Cik Wong Yuet Peng, dalam jawapan bertulisnya.



Cik Wong memberi respons pada rencana akhbar The Straits Times (ST) yang bertajuk Caregivers left holding bottles of controlled drugs after patients die (Pengasuh terbiar memegang botol ubatan terkawal selepas pesakit meninggal).



Pada Ahad, NUH memberi respons penuh bagi menjawab beberapa isu berkaitan ubat terkawal yang ditinggalkan apabila pesakit meninggal dunia.



Kisah yang dilaporkan ST itu mengisahkan tentang Cik Pam Hong, 52 tahun, pengumpul dana bebas, yang selepas kematian ibunya pada Januari, ditinggalkan dengan 15 botol cecair morfin.



"Kami diberi preskripsi dengan cukup (morfin) sehingga lawatan rundingan seterusnya, yang selalunya dijadualkan enam bulan kemudian. Kerana ia digunakan untuk menguruskan kesakitan, kami ingin memastikan kami tidak pernah kehabisan ubat ini. Jika tidak, ia bermakna tekanan dan tergesa-gesa untuk mendapatkan isian semula. Jadi kami ambil apa yang ditawarkan," katanya.



Apabila beliau bercakap dengan ahli farmasi di Hospital Universiti Nasional (NUH) untuk memulangkan botol itu pada Mac, beliau diberitahu farmasi itu tidak menerima ubat yang diberi walaupun botol itu bertutup.



"Saya diberitahu saya boleh membuangnya 'seperti sampah'. Tetapi ini adalah ubat terkawal," kata Cik Hong.



Beliau telah meninggalkan Singapura dan telah mengunci ubat di rumah mendiang ibu bapanya.



Cik Wong berpesan agar ubat itu diatur untuk mengasingkan ubat yang tidak boleh dibuang di rumah dan yang boleh.



Orang ramai juga dipesan agar alihkan keluar atau kosongkan mana-mana bahagian label ubat yang mengandungi data peribadi seperti nama atau butiran peribadi (nama atau kad pengenalan atau alamat pesakit).



Bungkus ubat-ubatan ke dalam beg, Kembalikan mereka ke farmasi yang mengeluarkan ubat-ubatan, ujarnya.



Kata Cik Wong lagi:



"Asingkan ubat kepada yang tidak boleh dibuang di rumah dan yang boleh.



"Alih keluar atau kosongkan mana-mana bahagian label ubat yang mengandungi data peribadi seperti nama atau butiran peribadi (nama atau kad pengenalan atau alamat pesakit).



"Bungkus ke dalam beg sampah hitam dan tutup rapat sebelum membuang ke dalam pelongsor atau tong sampah.



"Bagi ubat suntikan, masukkan suntikan ke dalam bekas tahan tusukan seperti tin Milo, sebelum dilupuskan untuk mengelakkan kecederaan tertusuk jarum secara tidak sengaja."



Menurutnya, NUH hanya tahu tentang pengalaman Cik Hong di farmasinya. Kes ini melibatkan morfin pada cecair konsentrasi sirap yang tidak dianggap sebagai dadah terkawal.



Hospital tidak akan mengambil semula ubat-ubatan yang belum dibuka, walaupun belum mencapai tarikh luputnya, untuk memastikan setiap pesakit menerima ubat yang selamat dan berkesan, serta atas sebab kebersihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >