Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penting galak wanita kembali kerja sedang ekon berubah

Rahayu: Program masyarakat seperti W@W kendalian Mendaki boleh dimanfaat golongan wanita
Mar 12, 2023 | 05:30 AM



ADALAH penting untuk menggalakkan kaum wanita, terutama sekali dalam kalangan masyarakat Melayu, agar kembali bekerja sedang ekonomi berubah dan terdapat peluang dalam sektor yang sedang berkembang.



Terdapat keperluan agar golongan wanita dalam masyarakat Melayu merebut peluang yang ada kerana sekiranya tidak, mereka boleh berada dalam keadaan merugikan, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.



Beliau, yang ditemui setelah forum W@W (Women At Work, atau Wanita di Tempat Kerja) di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat pada Sabtu berkata demikian berdasarkan konteks banci penduduk pada 2020 yang menunjukkan bahawa pendapatan isi rumah median bagi masyarakat Melayu walaupun meningkat, masih lebih rendah berbanding bangsa lain.



Ini kerana sebahagian besar keluarga Melayu bergantung kepada pendapatan tunggal dalam keluarga.



Jumlah wanita Melayu yang kembali ke kerja juga lebih rendah jika dibandingkan dengan masyarakat lain.



Cik Rahayu akur bahawa kaum wanita mempunyai keprihatinan dan menghadapi pelbagai cabaran contohnya dari segi tanggungjawab menjaga anak, dan perasaan gentar kerana sudah bertahun-tahun tidak bekerja.



Namun, beliau berkata terdapat program masyarakat yang sudah tersedia seperti W@W - bertujuan meningkatkan penyertaan wanita Melayu/Islam dalam tenaga kerja serta pendapatan berganda dalam isi rumah - kendalian Mendaki yang boleh dimanfaatkan golongan wanita.



"Inilah perkara yang kita perlu kenal pasti, apakah jurang dan rintangan yang menghalang kaum wanita daripada mendapatkan khidmat yang mereka perlukan," ujarnya.



Beliau menambah bahawa usaha ini memerlukan seluruh masyarakat, termasuk juga majikan.



"Jadi kami sedang menggalakkan aturan kerja fleksibel, mengadakan garis panduan tiga pihak supaya mereka (wanita) tidak mengalami diskriminasi. Ini semua menyediakan struktur lebih besar, menyediakan ruang yang lebih kondusif. Kemudian masyarakat membantu dalam menangani isu harian sebenar. Harapannya adalah agar ini dapat memudahkan lebih ramai wanita agar kembali bekerja dan membina kerjaya dengan sebenar-benar," kata Cik Rahayu.



Pada Sabtu, Cik Rahayu merupakan sebahagian panel yang membincangkan mengenai topik 'Masa Depan Kerja: Merebut Peluang dan Menyokong Aspirasi Wanita' dalam Forum W@W yang dihadiri sekitar 100 orang.



Panel itu turut dianggotai Ketua Pegawai Strategi Hab Pembelajaran NTUC, Cik Soh Hooi Peng; Pengarah Eksekutif Daughters of Tomorrow (DOT), Cik Fannie Lim; Pengurus Acara Sektor Penjagaan yang juga alumni W@W, Cik Nurhani Zailani Shatifan; yang dikendalikan Pengasas Fempreneur Secrets, Cik Huda Hamid.



Panel itu telah menyentuh tentang pelbagai keprihatinan seperti mencapai keseimbangan dalam tugas penjagaan di rumah dan permintaan tempat kerja, perubahan minda untuk kembali bekerja, bagaimana wanita boleh terus mempertingkat diri dan menimba kemahiran, dan kemampuan wanita untuk menggalas tanggungjawab kepimpinan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >