Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penting hapus prasangka batasan golongan kurang upaya: Presiden Halimah

Dec 04, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI sebuah masyarakat, Singapura harus mengukuhkan lagi usaha untuk menyokong golongan kurang upaya agar dapat bersepadu dengan masyarakat yang lebih luas, kata Presiden Halimah Yacob.



Ini, tambah beliau, dapat dilaksanakan dengan menghapuskan prasangka dan andaian mengenai batasan golongan ini.



Semasa berucap di acara penyampaian Anugerah Pengupaya Goh Chok Tong (GCT) 2021 semalam, Puan Halimah turut menggesa majikan yang ingin memupuk tempat kerja yang lebih inklusif agar memanfaatkan program Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) yang sedia ada.



Di Istana semalam, seramai 13 individu kurang upaya diiktiraf dengan Anugerah Pengupaya GCT atas pencapaian luar biasa dan potensi mereka dalam bidang masing-masing.



Tiga individu disampaikan Anugerah Pengupaya GCT bagi kategori UBS Achievement, manakala baki 10 penerima diberikan Anugerah Pengupaya GCT bagi kategori UBS Promise.



Penyampaian anugerah itu merupakan inisiatif di bawah Dana Keupayaan Mediacorp (MEF) dan disokong Tote Board dan UBS Singapore.



Turut hadir di acara penyampaian itu ialah Menteri Kanan Emeritus (ESM), Encik Goh Chok Tong, yang juga penaung MEF.



Puan Halimah, dalam ucapannya di Istana berkata:



"Penerima hari ini telah menunjukkan kepada kita bahawa tiada sempadan untuk apa yang boleh dicapai oleh golongan kurang upaya.



"Sebagai masyarakat, kita boleh melakukan lebih banyak lagi untuk menyokong golongan kurang upaya dalam persepaduan mereka ke dalam komuniti yang lebih luas dengan menghapuskan prasangka dan andaian terhadap keterbatasan mereka.



"Dalam hal ini, saya sentiasa menggesa majikan untuk memainkan peranan penting dalam memperkasakan individu kurang upaya."



Menurut Puan Halimah, lebih 160 organisasi telah menandatangani Ikrar Pemerkasaan Pekerjaan Cabaran Presiden.



Ikrar itu, yang dilancarkan tahun lepas, mengesahkan komitmen majikan terhadap pengambilan pekerja secara inklusif.



Seramai 88 organisasi juga telah disampaikan Enabling Mark - pentauliahan kebangsaan oleh SG Enable yang merupakan penanda aras dan mengiktiraf pertubuhan di atas hasil dan amalan terbaik mereka dalam pekerjaan inklusif kurang upaya - pada Ogos tahun ini, kongsi Puan Halimah.



Namun, beliau menggesa lebih ramai majikan mengikut jejak sama.



Majikan dapat memanfaatkan tiga program MSF - Program Penempatan dan Latihan, Program Bekerja Sambil Berlatih dan Pembangunan Kemahiran - yang diumumkan awal tahu ini, kata Puan Halimah.



Program itu menyediakan individu kurang upaya dengan sokongan dipertingkat, termasuk latihan berstruktur, elaun dan subsidi yuran kursus.



"Saya menyeru semua orang agar terus memperkukuh usaha kolektif kita untuk membina masyarakat yang lebih inklusif dalam bentuk pekerjaan dan aspek lain kehidupan melalui Pelan Induk Pemerkasaan 2030 seterusnya," tambah Puan Halimah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >