Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang boleh kongsi perjalanan dengan Grab

Jan 12, 2023 | 05:30 AM



SELEPAS digantung selama hampir tiga tahun, penumpang sekali lagi boleh berkongsi perjalanan dengan menaiki kereta sewa privet dan teksi menggunakan aplikasi Grab dari 16 hingga 29 Januari sebagai sebahagian daripada percubaan terhad 14 hari.



Syarikat itu berkata percubaan untuk perkihdmatannya, dinamakan GrabShare, membolehkan berbilang penumpang menuju ke arah yang sama berkongsi perjalanan dengan tambang yang lebih rendah.



Semasa percubaan, tempahan untuk perjalanan kongsi boleh dibuat hanya pada waktu sibuk antara 5 petang dan 11 malam dari kawasan terpilih, seperti River Valley, Outram dan Buona Vista, di mana permintaan dijangka tinggi.



Hanya seorang penumpang dibenarkan setiap tempahan, dan maksimum dua tempahan dibenarkan bagi setiap perjalanan berkongsi.



Tambang untuk perjalanan kongsi dijangka sehingga 20 peratus lebih murah berbanding perjalanan bukan kongsi.



GrabShare, yang dilancarkan di Singapura pada Disember 2016, telah digantung pada 9 Februari 2020, disebabkan kebimbangan mengenai penularan Covid-19 dalam kalangan penumpang.



Dengan pelancaran semula, Grab juga telah membuat perubahan pada cara GrabShare akan berfungsi selepas maklum balas daripada pemandu dan penumpang mengenai versi terdahulu.



Sebelum ini, perjalanan kongsi disahkan selepas penumpang dipadankan dengan seorang pemandu.



Penumpang lain yang sepadan akan diperuntukkan dalam perjalanan, sering menyebabkan lencongan yang tidak dijangka jika permintaan tempahan baru tiba-tiba masuk.



Dengan versi baru GrabShare, semua perjalanan kongsi akan dipadankan terlebih dahulu. Ini bermakna perjalanan akan disahkan hanya selepas dua penumpang menuju ke arah yang sama dipadankan.



Jika penumpang tidak dapat mencari orang lain dengan perjalanan yang serupa, mereka akan digesa untuk menempah perjalanan bukan kongsi.



Grab berkata penumpang kini juga akan dikenakan bayaran $4 jika mereka membatalkan perjalanan kongsi mereka selepas ia telah disahkan.



Bayaran itu akan diberikan sepenuhnya kepada pemandu dan tempahan penumpang lain akan diteruskan, kata syarikat itu.



Selain itu, hanya kaedah pembayaran tanpa tunai akan diterima dengan versi baru GrabShare, tambah Grab.



Tempoh tangguh masa menunggu selama tiga minit untuk perjalanan biasa juga akan diterapkan kepada versi baru GrabShare.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >