Penumpang Costa Fortuna turun di pelabuhan SG
Lebih 600 penumpang disahkan berada dalam keadaan sihat; hampir semua penumpang asing akan berlepas dari Singapura dalam tempoh dua hari akan datang
Mar 11, 2020 | 05:30 AM
LEBIH 600 penumpang telah diturunkan dari kapal persiaran Costa Fortuna sehingga petang semalam selepas ia berlabuh di Singapura pada 7.45 pagi.
Penumpang kemudian dibawa ke Lapangan Terbang Changi dan tempat penginapan sementara dengan menaiki bas.