Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang dengan isu mobiliti boleh sertai kursus percuma naik bas tanpa cemas di pusat tukaran bas Jurong East

Jan 30, 2021 | 10:13 PM



PENUMPANG dengan isu mobiliti boleh berlatih menaiki dan menuruni bas di pusat tukaran bas Jurong East yang dipindahkan sebagai sebahagian usaha operator bas Tower Transit Singapire mempertingkat keyakinan diri golongan kurang upaya ini apabila menaiki pengangkutan awam.



Ia adalah sebahagian kursus percuma dengan jurulatih membimbing penumpang ini agar mengetahui reka letak bas awam dan pusat tukaran bas ini yang bertempat di sebelah pusat beli-belah JCube sekitar Jurong Gateway Road.



Kursus dua sesi ini dibuka kepada orang awam dan agensi khidmat sosial serta hospital yang ingin melengkapi klien dan pesakit mereka.



Tower Transit melancarkan program ini pada Sabtu (30 Januari) bersama beberapa inisiatif lain yang bertujuan menggalak sikap inklusif di dalam pengangkutan awam.



Bagi percubaan pertama kursus ini, Tower Transit bekerjasama dengan Persatuan Bagi Orang Kurang Upaya (SPD), badan amal yang membantu golongan kurang upaya, dalam membimbing klien mereka.



Pegawai pengalaman pelanggan dan inklusiviti Tower Transit yang menjadi pemudah cara kursus ini, Encik Kishon Chong berkata, penumpang dengan isu mobiliti akan dibantu "mengembalikan sedikit semangat berdikari mereka untuk menaiki bas awam".



Encik Chong, pengguna kerusi roda, menambah:



"Ia akan mengajar peserta untuk menaiki, melalui perjalanan dalam bas dan turun daripada bas yang beroperasi secara selamat di samping membantu mereka menangani kebimbangan yang sangat dirasakan seperti melambatkan penumpang lain."



Kursus ini adalah sebahagian siri inisiatif yang syarikat ini perkenalkan bagi melibatkan masyarakat secara meluas dalam menjadikan pengangkutan awam mesra penumpang.



Tower Transit juga akan mendapatkan bantuan pekajar daripada sekolah berdekatan bagi membantu penumpang di pusat tukaran bas yang dipindahkan dan beroperasi sejak 6 Disember tahun lalu.



Pusat tukaran bas ini akan terus beroperasi di situ sehingga hab pengangkutan bersepadu Jurong East (turut menyertakan stesen MRT) tamat dibina sekitar 2027.



Pengguna kerusi roda, Encik Taufik Sardon, 39 tahun, yang bertugas dalam bidang teknologi maklumat, menambah menaiki pengangkutan awam mungkin menakutkan.



Beliau yang bercadang mengambil kursus buat penumpang dengan isu mobiliti ini menambah:



"Dalam masyarakat Singapura yang bergerak pesat, kita tidak pernah memikirkan tentang cabaran yang dihadapi golongan kurang upaya. Justeru, inisiatif sebegini akan banyak membantu."



Pusat tukaran bas yang dipindahkan ini, yang dikendalikan Tower Transit, turut menyertakan beberapa ciri yang bertujuan mewujudkan suasana pengangkutan awam lebih inklusif.



Antara lain, terdapat bilik menyusu buat penumpang dengan bayi dan anak kecil serta sistem interkom suara yang membolehkan penumpang mendapatkan bantuan kakitangan Tower Transit tanpa mengunjungi pejabat khidmat penumpang.



Terdapat kod QR di semua ruang menaiki bas buat penumpang memuatturunkan panduan perkhidmatan bas Tower Transit.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >