Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang dipenjara kerana gigit hingga patah jari pemandu teksi

Jun 21, 2016 | 09:43 AM



SEORANG ejen hartanah yang menggigit jari seorang pemandu teksi hingga satu daripadanya patah dipenjara lapan bulan pada Isnin (20 Jun) kerana menyebabkan kecederaan parah.



M. S. Chandru Suryakanth, 49 tahun, juga dipenjara dua bulan kerana berkelakuan tidak senonoh semasa bebas dengan ikat jamin bagi kesalahan pertama itu.



Dia mengaku bersalah mencederakan dengan parah Encik Seah Poh Sam, 47 tahun, pada 26 Nov 2014.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Houston Johannus memberitahu mahkamah Encik Seah mengambil Chandru dan seorang penumpang lain, Cik Anita Kumar Chanan Singh, di Yishun Street 11 pada malam itu.



Semasa separuh perjalanan mereka ke Woodlands, pasangan itu meminta dihantar ke kawasan Lavender sebaliknya.



Tetapi sedang Encik Seah bergerak di Balestier Road, mereka menyuruh beliau berhenti dan mahu turun.



Pada ketika itu, Chandru mengeluarkan kad ATM-nya dan berkata dia perlu pergi mengeluarkan wang, menyebabkan Encik Seah menjerit kepadanya.



Apabila Encik Seah menghulurkan tangannya untuk ambil kad ATM itu, Chandru menggigit keras jari telunjuk dan jari hantu tangan kanan beliau. Pasangan itu kemudian beredar tanpa membayar tambang teksi.



Jari telunjutk Encik Seah patah. Dan memerlukan pembedahan dan Dia diberi cuti sakit empat hari.



Pada 9 Jan lalu, semasa bebas dengan ikat jamin, Chandru menyebabkan gangguan di pasar Mayflower di Ang Mo Kio Avenue 4.



Pegawai polis dikerah selepas seseorang menelefon polis.



Semasa Chandru ditemuramah oleh polis, dia menjadi agresif dan mula menjerit dan menggerakkan tangannya.



Chandru, yang mabuk, ditahan selepas diberi amaran berulang kali oleh polis.



Mahkamah diberitahu bahawa dia mempunyai sejarah keganasan dan tingkah laku tidak senonoh sejak 1987. Pada 2003, dia dihukum menjalani program pemulihan lima tahun.



Hakim Daerah Lim Tse Haw membenarkan Chandru menangguhkan hukuman hingga 4 Julai untuk menyelesaikan urusan peribadinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >