Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang kurang sihat boleh manfaat kad tempat duduk

Mar 06, 2021 | 05:30 AM



PENUMPANG yang mengalami masalah kesihatan jangka panjang yang membuatkan mereka sukar berdiri untuk tempoh masa panjang boleh memanfaatkan kad yang boleh membantu mereka mendapatkan tempat duduk di bas dan kereta api.



Inisiatif oleh Jawatankuasa Penumpang Caring SG itu bertujuan memudahkan penumpang untuk meminta bantuan, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng semalam di parlimen.



"Mulai April, penumpang yang mengalami masalah kesihatan jangka panjang atau kecacatan yang tidak ketara boleh mendapatkan kad dan lanyard (tali yang dipakai di leher) di Pusat dan Pejabat Khidmat Penumpang," katanya.



Jawatankuasa tersebut yang dibentuk tahun lalu bertujuan untuk memastikan sistem pengangkutan awam Singapura lebih inklusif dan prihatin.



Dalam satu kenyataan bersama, Majlis Pengangkutan Awam (PTC) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata lanyard tersebut akan disediakan secara progresif di semua stesen MRT, pusat pertukaran bas dan pejabat tiket TransitLink kepada semua yang mengalami masalah kesihatan jangka panjang.



"Penumpang yang memerlukan pelekat sementara juga boleh mendapatkannya di sana," tambah kenyataan itu.



Lanyard itu juga direka penumpang kurang upaya melalui satu pertandingan.



Menurut Encik Baey, langkah ini menyusuli percubaan LTA Oktober tahun lalu di mana penumpang yang memerlukan tempat duduk boleh mengenakan pelekat dengan ayat "Boleh saya dapatkan tempat duduk?" yang tertera, bertujuan memberitahu penumpang lain.



Sementara itu, Go-Ahead Singapore juga telah melancarkan percubaan 'Helping Hand' di mana penumpang dengan keperluan pergerakan khas diberikan kad yang mengandungi arahan untuk pemandu bas.



Menurut Encik Baey, kededua inisiatif menerima maklum balas yang menggalakkan.



Melalui perbincangan kumpulan fokus dan tinjauan yang dilakukan, jawatankuasa tersebut mendapati bahawa penumpang lain ingin membantu mereka yang lebih memerlukan namun tidak tahu cara yang terbaik.



"Hanya satu daripada empat penumpang tahu bagaimana untuk membantu penumpang yang mengalami masalah pendengaran atau pembangunan.



"Saya faham mengapa, kerana masalah ini kurang ketara," katanya.



"Untuk itu, kami akan cuba membantu masyarakat awam untuk memahami dengan lebih baik keperluan mereka. Satu inisiatif utama adalah Juara Penumpang Prihatin, yang dilatih oleh SG Enable untuk membantu penumpang yang berkeperluan khas," katanya, dan menambah beliau berharap lebih ramai sukarelawan tampil untuk turut serta dalam usaha ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >