KALAU biasanya, penumpang yang ingin tukar kereta api boleh melakukan demikian dengan mudah dan kadangkala hanya perlu jalan beberapa tapak sahaja.
Namun kini, penumpang yang ingin tukar kereta api di dua stesen pertukaran di Laluan Downtown 2 (DTL2) yang baru - Newton dan Bukit Panjang - perlu keluar dan masuk semula gantri tambang.