Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang lebih gembira dengan pengangkutan awam pada 2018

Feb 13, 2019 | 02:09 PM



PENUMPANG berpuas hati dengan khidmat pengangkutan awam pada 2018, menurut Tinjauan Kepuasan Pelanggan Pengangkutan Awam oleh Majlis Pengangkutan Awam (PTC). 



Tinjauan tersebut yang dijalankan Oktober tahun lalu, menunjukkan tahap kepuasan yang meningkat kepada 7.9, berbanding 7.7 daripada 10 mata pada 2017. Ini merupakan kenaikan keempat kali berturut-turut sejak 2014. 



Peningkatan pada tahap kepuasan ini lebih besar untuk MRT, dengan mata yang meningkat daripada 7.5 pada 2017 kepada 7.9. 



Ini sepadan dengan tahap kepuasan untuk bas, yang kekal tidak berubah pada 7.9. 



Daripada seramai 5,000 orang yang ditinjau, 77.8 peratus merasakan khidmat bas bertambah baik dalam tempoh tahun lalu, berkurangan daripada 80.8 peratus dalam tahun sebelum itu, manakala 72.1 peratus merasakan khidmat MRT semakin baik, ini meningkat daripada 50.3 peratus sebelum itu. 



Walaupun tahap kepuasan keseluruhan meningkat, masa menunggu dan keselesaan mendapat markah yang terendah. Masa menunggu mendapat 7.4 mata, berbanding 7 pada 2017, manakala keselesaan untuk MRT mendapat 7.4, meningkat daripada 7.1 pada 2017. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >